awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan AS ke atas Iran tertangguh, Trump ragu keberkesanan bom 'bunker buster'

Agensi
Agensi
19/06/2025
22:40 MYT
Serangan AS ke atas Iran tertangguh, Trump ragu keberkesanan bom 'bunker buster'
Dalam foto yang dikeluarkan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada 2 Mei 2023 ini, anggota tentera udara dilihat memerhati bom GBU-57, atau dikenali sebagai Massive Ordnance Penetrator, di Pangkalan Udara Whiteman di Missouri. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan menangguhkan kelulusan serangan ke atas Iran berikutan keraguan terhadap keupayaan senjata utama yang dirancang untuk digunakan - bom GBU-57 'bunker buster' seberat 30,000 paun.
Menurut laporan eksklusif oleh The Guardian, perbzaan pandangan tercetus antara pegawai kanan White House dan Pentagon berhubung sama ada senjata itu benar-benar mampu memusnahkan kemudahan nuklear Iran yang kebal di Fordow, yang terletak jauh di bawah tanah.
Trump secara peribadi menyatakan kebimbangan bahawa sebarang tindakan ketenteraan hanya akan dibenarkan sekiranya terdapat jaminan penuh bahawa bom tersebut dapat menghancurkan keseluruhan tapak pengayaan nuklear itu.
“Ini bukan serangan sekali selesai,” kata Mejar Jeneral Bersara Randy Manner, bekas Timbalan Pengarah Defense Threat Reduction Agency (DTRA).
“Fordow boleh dibina semula dengan cepat. Ia mungkin hanya menangguhkan program itu enam bulan hingga setahun. Ia kedengaran hebat untuk TV, tetapi tidak realistik,” katanya kepada The Guardian.
Walaupun pegawai pertahanan memberi jaminan bahawa GBU-57 mungkin dapat meruntuhkan terowong atau memusnahkan sebahagian sistem Fordow, Trump kekal skeptikal dan masih belum memberi lampu hijau.
Sumber juga mendedahkan Trump sedang mempertimbangkan sama ada ancaman serangan secara langsung dari AS sudah memadai untuk memaksa Tehran kembali ke meja rundingan. - Agensi
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#serangan Amerika Syarikat
#bom 'bunker buster'
#Donald Trump
#nuklear iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami