awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah

Agensi
Agensi
21/09/2024
08:47 MYT
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat, orang ramai mendakw Israel telah menceroboh garis merah. - Reuters
ISHIKAWA: Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat, orang ramai mendakwa Israel telah melampaui garis merah.
Hizbullah mengesahkan Ahmed Wahbi, seorang komander utama yang mengawasi operasi ketenteraan pasukan khas Radwan dalam konflik Gaza sehingga awal 2024 terbunuh dalam serangan tersebut.
Tentera Israel dan sumber keselamatan di Lubnan memaklumkan Ibrahim Aqil turut terbunuh bersama beberapa anggota senior unit elit Hizbullah dalam serangan udara itu.
Ini sekali gus meningkatkan ketegangan dalam konflik yang berlarutan selama setahun antara kedua-dua pihak.
Warganegara Lubnan, Mohamed Sebai mendakwa tindakan Israel mengingatkan tentang apa yang dilakukan rejim itu di Gaza.
"Israel adalah penjenayah - penjenayah perang, ia mengingatkan kita tentang apa yang dilakukannya di Gaza, dan kini ia bermula di Lebanon. Apa yang kami lihat semalam, mengingatkan kami kepada tahun 1982. Israel tidak boleh dipercayai, mereka tidak takut kepada Tuhan. Kami melihat mereka lakukan berturut-turut pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.
"Apa yang boleh saya katakan, mereka adalah penjenayah. Masih ada orang di bawah runtuhan. Mereka (Israel) tidak takut kepada Tuhan, mereka telah melanggar garis merah," katanya.
Dalam pada itu, puluhan ribu orang telah dievakuasi dari kediaman mereka di kedua-dua belah sempadan Israel-Lebanon sejak Hizbullah melancarkan roket ke arah Israel.
Topic Berkaitan
#Israel
#lubnan
#bom
#Hizbullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan