awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB

Astro Awani
Astro Awani
04/01/2025
00:40 MYT
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Seorang lelaki memeriksa kemusnahan akibat serangan Israel ke atas Hospital Al-Wafaa di Gaza. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menegaskan serangan tentera Israel di Gaza telah menyebabkan banyak hospital dan kemudahan perubatan tidak lagi berfungsi sepenuhnya.
Situasi itu, menurut Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia, Volker Turk, mungkin boleh diklasifikasikan sebagai jenayah perang.
Turk memberitahu Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat bahawa laporan baharu oleh pejabatnya telah mendokumentasikan corak serangan ke atas hospital-hospital di Gaza.
Katanya, menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
Beliau menambah bahawa tindakan itu mungkin juga boleh dianggap sebagai jenayah terhadap kemanusiaan.
Turk turut melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 136 serangan telah dilancarkan ke atas 27 hospital dan 12 lagi kemudahan perubatan di Gaza, menyebabkan kematian dan kecederaan serius dalam kalangan kakitangan perubatan.
PBB dan organisasi hak asasi manusia telah berulang kali menyuarakan kebimbangan terhadap pelanggaran undang-undang antarabangsa dalam konflik ini.
Menurut data terkini, kemudahan kesihatan di Gaza kini berada dalam keadaan kritikal akibat kekurangan bekalan perubatan, kekurangan tenaga, dan kerosakan infrastruktur akibat serangan berterusan.
Penduduk Gaza juga menghadapi cabaran besar dalam mendapatkan akses kepada bantuan kemanusiaan, dengan kebanyakan lintasan sempadan ditutup atau disekat.
Keadaan yang semakin buruk ini mencetuskan seruan mendesak oleh komuniti antarabangsa untuk menghentikan serangan dan memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa halangan.
Topic Berkaitan
#Gaza
#PBB
#Hospital
#jenaya perang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan