awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2024
00:40 MYT
Serangan udara Pakistan di Afghanistan ragut 46 nyawa
Pejabat Luar Negara Afghanistan telah memanggil ketua misi Pakistan di Kabul untuk menyerahkan nota bantahan rasmi kepada Islamabad berhubung serangan itu. - Foto X/vinod gurjar
PAKTIKA: Sekurang-kurangnya 46 terkorban dalam serangan udara oleh pesawat tentera Pakistan di wilayah Paktika, timur Afghanistan, pada Selasa, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak dan wanita.
Menurut kenyataan Taliban Afghanistan, pihaknya memberi amaran bahawa mereka akan bertindak balas terhadap serangan tersebut.
Timbalan jurucakap Taliban, Hamdullah Fitrat, pada Rabu menyatakan bahawa serangan itu turut mencederakan enam individu lain di empat lokasi berbeza di Afghanistan.
Pejabat Luar Negara Afghanistan telah memanggil ketua misi Pakistan di Kabul untuk menyerahkan nota bantahan rasmi kepada Islamabad berhubung serangan itu.
Afghanistan memberi amaran kepada diplomat tersebut mengenai akibat yang bakal dihadapi susulan tindakan tersebut.
Jurucakap Kementerian Pertahanan negara Afghanistan dalam satu kenyataan, Enayatullah Khowrazmi berkata, Afghanistan menganggap tindakan kejam ini sebagai pelanggaran terang-terangan terhadap semua prinsip antarabangsa dan satu tindakan pencerobohan yang jelas.
Tegasnya, Emiriah Islam tidak akan membiarkan tindakan pengecut ini tanpa jawapan.
Seorang pegawai Pakistan yang enggan namanya didedahkan memberitahu bahawa Pakistan telah melancarkan serangan udara ke atas sebuah kem Kumpulan Islam Taliban Pakistan (TTP).
TTP, yang berikrar setia kepada Taliban Afghanistan, tidak secara langsung menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mentadbir Afghanistan.
TTP bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam di Pakistan, seperti yang dilakukan Taliban di Afghanistan.
Sabtu lalu, satu serangan besar oleh TTP di kawasan Waziristan Selatan, Pakistan, yang bersempadan dengan lokasi kem yang didakwa menjadi sasaran serangan di Afghanistan, telah mengorbankan 16 anggota keselamatan Pakistan.
Hubungan antara kedua-dua negara jiran itu sering tegang, dengan Pakistan menuduh bahawa beberapa serangan TTP di negaranya dilancarkan dari wilayah Afghanistan, satu dakwaan yang dinafikan oleh Taliban Afghanistan.
Hubungan tersebut semakin rumit pada bulan Mac lalu apabila Taliban menuduh Pakistan melancarkan dua serangan udara di wilayahnya, yang menyebabkan kematian lima wanita dan kanak-kanak.
Topic Berkaitan
#serangan udara
#Pakistan
#Afghanistan
#Taliban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan