awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
Bekas PM Norway disiasat berhubung elemen rasuah dalam fail Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sergio Mattarella angkat sumpah penggal kedua sebagai Presiden Itali

Bernama
Bernama
04/02/2022
05:13 MYT
Sergio Mattarella angkat sumpah penggal kedua sebagai Presiden Itali
Ini merupakan kali kedua seorang ketua negara dipilih semula di Itali sejak 1948. - AP
ROM: Presiden Itali Sergio Mattarella mengangkat sumpah pada Khamis, secara rasmi menerima mandat bagi penggal kedua untuk tempoh tujuh tahun.
Pemilihan semula beliau -- yang memperoleh undi majoriti parlimen pada 29 Jan -- berlaku selepas parti-parti politik utama negara itu gagal mencapai persetujuan terhadap pencalonan bagi presiden baharu.
Meskipun menolak pada awalnya, Mattarella bersetuju menggalas tugas itu bagi penggal kedua atas dasar "rasa tanggungjawab terhadap kecemasan kesihatan dan ekonomi (semasa)" yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19.
Dalam ucapan pertama pada Khamis, beliau sekali lagi menegaskannya. "Parlimen dan wakil wilayah membuat pilihan mereka... ia merupakan panggilan tugas baharu dan tidak dijangka bagi saya, yang tidak boleh saya elak," katanya, lapor Xinhua.
Ucapan angkat sumpahnya di Parlimen disambut dengan tepukan yang panjang dan gemuruh. Bercakap kepada anggota parlimen, Mattarella menekankan keperluan negara untuk bersatu dalam fasa pemulihan yang sukar ini, dan menggariskan beberapa keutamaan untuk ditangani dalam masa terdekat, termasuk pembaharuan yang meluas dalam sistem kehakiman.
Presiden juga menyentuh mengenai "masa perdebatan yang dipadatkan di Parlimen," yang berlaku sejak dua tahun lepas -- sekali gus menjejaskan peranan Parlimen yang memihak kepada kabinet -- berikutan proses membuat keputusan yang pantas diperlukan semasa kecemasan COVID-19 .
"Dalam dialog kerjasama yang diperlukan dengan kabinet ... Parlimen harus sentiasa diberi masa yang mencukupi untuk meneliti dan menilai draf undang-undang penting," tegas Mattarella.
Ini merupakan kali kedua seorang ketua negara dipilih semula di Itali sejak 1948. Sebelumnya, hanya pendahulu Mattarella, Giorgio Napolitano berkhidmat untuk penggal kedua, dan kurang daripada dua tahun.
Di Itali, presiden secara tradisinya adalah tokoh upacara yang mewakili perpaduan negara. Bagaimanapun, peranan presiden menjadi penting apabila berlaku kes kebuntuan politik yang besar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sergio Mattarella
#presiden itali
#politik
#parlimen itali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan