Serikandi Palestin terima penghormatan Real Madrid

Astro Awani
Oktober 1, 2018 03:16 MYT
Ahed ditangkap pada Disember 2017 dan pada akhir Julai lalu, dia dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara lapan bulan. (Foto AP/Fail)
Serikandi Palestin Ahed Tamimi yang pernah ditahan rejim zionis, menerima penghormatan dari kelab bola sepak Sepanyol, Real Madrid, pada Sabtu.
Remaja berusia 17 tahun itu dijemput bersama bapanya Basim Tamimi ke Stadium Santiago Bernabeu di Madrid, bertemu bekas penyerang, Emilio Butragueno, dan menerima jersi bola sepak.
Aktivis ini sememangnya dikenali dengan keberaniannya yang pernah menampar dan memukul tentera Israel di luar rumahnya di Perkampungan Nabi Saleh di Tebing Barat.
Ahed ditangkap pada Disember 2017 dan pada akhir Julai lalu, dia dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara lapan bulan.
BACA: Tamimi, yang menampar tentera Israel, pernah dipuji Erdogan
Aktivis itu, yang pernah digelar ikon generasi muda Palestin yang memberontak, ketika ini berada di Eropah bagi menghadiri beberapa program politik.
#Ahed Tamimi #Israel #Palestin #Real Madrid #serikandi #tampar #tentera