awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serpihan meteorit di Ural di jual dalam talian

Astro Awani
Astro Awani
19/02/2013
13:54 MYT
Serpihan meteorit di Ural di jual dalam talian
Polis Rusia kini menyiasat mengenai dakwaan kononnya serpihan sisa meteorit yang melanda bandar Chelyabinsk Jumaat lalu, telah dijual dalam talian.
Ia dilaporkan dijual antara lingkungan harga AS$3 (RM 9.31) hingga AS$33 (RM102.39).
Jurucakap Jabatan Dalam Negeri Chelyabinsk, Angela Chirkova berkata, maklumat mengenai dakwaan itu kini sedang dikaji dan satu keputusan akan dibuat selepas siasatan selesai.
Peniaga terlibat mendakwa mereka mengutip batu-batu kecil tersebut dari Loji Zink Chelyabinsk.
Saintis Rusia pula menyatakan mereka menjumpai salah satu serpihan meteorit yang terbelah kepada 7 di Tasik Cherbakul , kira-kira 150 kilometer dari Chelyabinsk.
Manakala sebahagian lagi saintis mendakwa penemuan serpihan besar meteorit adalah mustahil kerana komponennya yang terdiri daripada ais dan kemungkinan besar telah tersejat ke atmosfera bumi.
Terdahulu pada Jumaat letupan meteor berlaku di daerah Ural dan merosakkan bangunan-bangunan di Chelyabinsk.
Lebih 1000 orang termasuk 200 kanak-kanak dilaporkan cedera akibat terkena serpihan kaca tingkap bangunan.
Topic Berkaitan
#dalam talian
#jual
#Meteorit
#Ural
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan