awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula

Bernama
Bernama
08/07/2023
05:59 MYT
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Suspek, Tetsuya Yamagami telah didakwa atas tuduhan membunuh tetapi perbicaraan ke atasnya dipercayai tidak mungkin bermula tahun ini, kata pemerhati. - Gambar fail/REUTERS
NARA : Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula walaupun tragedi itu memasuki tempoh setahun pada Sabtu, lapor Jiji Press.
Suspek, Tetsuya Yamagami, 42, telah didakwa atas tuduhan membunuh dan lain-lain. Tetapi perbicaraan ke atasnya dipercayai tidak mungkin bermula tahun ini, kata pemerhati.
Pejabat Pendakwa Raya Daerah Nara mendakwa Yamagami selepas menjalankan lebih lima bulan penilaian psikiatri dan membuat kesimpulan bahawa dia boleh bertanggungjawab atas jenayah itu.
Yamagami, kini ditahan di kemudahan tahanan di bandar barat Osaka dijangka menghadapi perbicaraan hakim awam. Perbicaraan itu dijangka memberi tumpuan sama ada dia kompeten untuk mengambil tanggungjawab jenayah dan sama ada dia perlu diberi kelonggaran.
Persidangan praperbicaraan pertama mengenai kes itu dijadualkan diadakan di Mahkamah Daerah Nara bulan lalu dan Yamagami dijadualkan hadir. Bagaimanapun, ia ditangguhkan selepas objek yang mencurigakan dihantar ke mahkamah. Tarikh baharu masih belum ditetapkan.
"Perbicaraan pertama kes Yamagami adalah mustahil tahun ini, dan nampaknya sukar pada separuh pertama tahun depan," kata seorang peguam bela.
Menurut pertuduhan dan sumber lain, Yamagami didakwa membunuh Abe dengan melepaskan dua das tembakan menggunakan senjata api buatan dari jarak dekat, di jalan berhampiran Stesen Yamato-Saidaiji Kintetsu Railway Co. di bandar barat Nara pada 8 Julai 2022.
Abe, perdana menteri paling lama memegang jawatan itu selama lapan tahun lapan bulan ketika kejadian sedang memberikan ucapan semasa kempen pilihan raya.
Suspek dipercayai telah menghasilkan enam senjata api buatan sendiri tanpa kebenaran di rumahnya di Nara sejak 20 Dis 2020.
Menurut sumber, Yamagami memberitahu penyiasat sejurus selepas kejadian itu bahawa dia berdendam terhadap kumpulan agama yang dikenali sebagai Gereja Penyatuan dan menyasarkan Abe kerana percaya bekas perdana menteri itu mempunyai hubungan dengan kumpulan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shinzo Abe
#tuduhan bunuh
#suspek bunuh
#Tetsuya Yamagami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan