awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setengah juta rakyat Australia dijangkiti COVID-19 - Pakar

Bernama
Bernama
07/12/2022
08:26 MYT
Setengah juta rakyat Australia dijangkiti COVID-19 - Pakar
Jabatan Kesihatan memaklumkan terdapat lebih 14,000 jangkitan COVID-19 dilaporkan setiap hari dalam tempoh seminggu hingga 29 Nov.
CANBERRA: Pakar penyakit berjangkit menjangkakan sehingga 500,000 rakyat Australia kini dijangkiti COVID-19.
Doktor penyakit berjangkit dan ahli mikrobiologi dari Australian National University (ANU) dan Hospital Canberra, Peter Collignon pada Rabu mendedahkan bahawa sekitar dua peratus daripada penduduk negara itu berkemungkinan dijangkiti COVID-19.
Jabatan Kesihatan memaklumkan terdapat lebih 14,000 jangkitan dilaporkan setiap hari dalam tempoh seminggu hingga 29 November tetapi Collignon berpendapat jumlahnya berkemungkinan jauh lebih tinggi, lapor Xinhua.
"Saya fikir satu atau dua peratus penduduk mungkin telah dijangkiti COVID pada masa ini, tetapi sebahagian besarnya telah dijangkiti semula.
"Kemasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan kebergantungan kepada alat bantuan pernafasan tidak sama seperti awal tahun ini," katanya kepada News Corp Australia.
Pada pertengahan Oktober, purata kes mingguan di Australia sekitar 170.3 kes bagi setiap satu juta orang.
Menjelang akhir November angka itu meningkat kepada 554.1 kes bagi setiap satu juta orang.
Menurut Jabatan Kesihatan, gelombang jangkitan keempat Australia merebak pada kadar lebih rendah berbanding jangkaan.
Persatuan Perubatan Australia (AMA) memaklumkan meskipun kadar kemasukan ke ICU adalah rendah namun hospital menghadapi masalah kesesakan.
"Kami kini berdepan situasi semua kakitangan hospital mula dijangkiti COVID. Keadaan itu menyebabkan kekurangan petugas dan dijangka bertambah sukar dalam tempoh beberapa minggu akan datang," kata Presiden AMA Steve Robson.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Australia
#COVID-19
#jangkitan
#penyakit berjangkit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan