Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon telah meminta pemimpin ASEAN supaya memainkan peranan utama dalam menyokong agenda global pembangunan lestari yang diterajui oleh badan dunia itu.
Berucap pada pemimpin Asia pada Sidang Kemuncak ASEAN-PBB Ketujuh di sini pada Ahad, Ban berkata PBB dan rakannya termasuk ASEAN perlu bekerjasama ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), antara lain menghapuskan kemiskinan menjelang 2030.
Beliau berkata bidang kerjasama lain yang boleh dimulakan oleh PBB dan ASEAN adalah perubahan iklim dan hak asasi manusia.
Pada Sidang Kemuncak Pembangunan Lestari PBB pada 25 Sept, 2015, lebih 150 pemimpin dunia meluluskan rancangan baharu Agenda Pembangunan Lestari 2030 termasuk SDG.
Sebanyak 17 SDG baharu, yang juga dikenali sebagai Matlamat Global, bertujuan menghapuskan kemiskinan, kebuluran, kelaparan dan ketidaksamaan, mengambil tindakan terhadap perubahan iklim dan alam sekitar, meningkatkan akses kepada kesihatan dan pendidikan, membina institusi yang kukuh dan rakan perkongsian serta banyak lagi.
Ban berkata Visi Komuniti ASEAN 2025 yang diumumkan pada Ahad oleh blok serantau itu perlu dijalankan seiring dengan SDG dengan tujuan untuk mengubah kehidupan berjuta-juta orang yang kurang bernasib baik.
Dalam ucapannya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata hubungan antara ASEAN dan PBB telah berkembang dengan ketara sejak beberapa tahun yang lepas dan telah menyumbang ke arah integrasi dan proses membina komuniti.
"2015 merupakan tahun yang penting bagi kedua-dua ASEAN dan PBB. Pemeteraian Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai ASEAN 2025: 'Maju Bersama' dan penerimaan pakai Agenda Pembangunan Lestari 2030 membuktikan tanggungjawab dan keinginan bersama untuk menyediakan masa depan yang lebih baik dan cerah untuk rakyat kita," katanya.
Beliau berkata ASEAN memandang ke hadapan untuk meningkatkan lagi hubungan dengan PBB melalui kerjasama pelbagai program dan aktiviti dalam bidang kepentingan bersama.
"Kami yakin PBB akan terus menjadi rakan kongsi ASEAN yang penting ketika memulakan perjalanan untuk merealisasikan Visi Komuniti ASEAN 2025," kata Najib.
Pemimpin 10 negara-negara Asia Tenggara hari ini menandatangani perisytiharan bersejarah mengenai pembentukan Komuniti ASEAN pada 31 Dis 2015 yang melibatkan integrasi rantau ini yang diduduki lebih 600 juta orang.
Visi 2025 merupakan sebahagian daripada ASEAN 2025: Maju Bersama, sebuah dokumen yang melakarkan hala tutu ke arah pembinaan komuniti dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Bernama
Mon Nov 23 2015
Ban berkata Visi Komuniti ASEAN 2025 yang diumumkan pada Ahad oleh blok serantau itu perlu dijalankan seiring dengan SDG. - Foto Bernama
MTDC Sokong Peluncuran Dana MySTI, Perkasa Teknologi Tempatan
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) MySTI, sebuah iniasitif baharu bagi mempercepatkan usaha pengkomersialan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara.
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.