awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka

Bernama
Bernama
03/07/2016
07:20 MYT
Setiausaha Agung PBB kutuk serangan pengganas di Dhaka
KI-MOON: Ia serangan terhadap cara hidup kita.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon mengutuk serangan pengganas di sebuah kafe di Dhaka yang dilaporkan meragut nyawa 20 orang, dan berharap dalang serangan itu dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.
Dalam kenyataan dikeluarkan oleh jurucakap beliau menyebut Ban menyokong penuh Bangladesh tatkala negara itu mendepani ancaman itu dan menegaskan perlunya usaha antarabangsa dan serantau dipertingkatkan untuk mencegah dan memerangi keganasan.
Beliau turut memberi jaminan kepada kerajaan Bangladesh bahawa PBB bersedia membantu dalam usaha untuk mencegah semua bentuk ekstremisme ganas.
Serangan itu turut dikutuk Pertubuhan Pelancongan Sedunia.
"Ini bukan sekadar serangan terhadap Bangladesh tetapi sekali lagi adalah serangan terhadap cara hidup kita, serangan terhadap kebebasan," kata Taleb Rifai, setiausaha agung agensi itu.
Senada dengan sentimen dizahirkan Ban dan Rifai, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) pada Sabtu turut menyertai masyarakat antarabangsa mengutuk serangan pengganas di Dhaka, dengan kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab.
Sebanyak 15 anggota UNSC, termasuk Malaysia sebagai satu daripada anggota tidak tetap, menegaskan bahawa keganasan dalam apa juga bentuk dan manifestasi merupakan ancaman paling serius terhadap keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Berikutan serangan di kafe itu yang bermula pada Jumaat malam, dilaporkan 20 tebusan ditemukan terbunuh dalam Holey Artisan Bakery selepas pasukan tentera menyerbu kafe itu pada Sabtu.
Enam daripada penyerang turut terbunuh dan seorang berjaya ditahan.
Topic Berkaitan
#Ban Ki-Moon
#PBB
#serangan Bangladesh
#Setiausaha Agung PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan