awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setiausaha Pertahanan AS zahirkan kebimbangan terhadap China

Bernama
Bernama
31/05/2025
09:06 MYT
Setiausaha Pertahanan AS zahirkan kebimbangan terhadap China
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth berada di Singapura untuk menghadiri Persidangan Dialog Shangri-La. - AP
MOSCOW: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Pete Hegseth menyuarakan kebimbangan terhadap aktiviti China di Laut China Selatan semasa pertemuan dengan pemimpin pertahanan Asia Tenggara, menurut kenyataan Pentagon, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Hegseth berlepas ke Singapura pada 28 Mei untuk menghadiri Persidangan Dialog Shangri-La. Pada Jumaat, beliau bertemu rakan sejawat dari Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Timor-Leste.
"Setiausaha Hegseth sekali lagi menyatakan kebimbangan terhadap tindakan China ke atas negara-negara penuntut di Laut China Selatan dan menekankan pentingnya negara Asia Tenggara memikul tanggungjawab dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau," menurut kenyataan Pentagon pada Jumaat selepas mesyuarat itu.
Hegseth turut mengulangi komitmen AS untuk bekerjasama dengan ASEAN, serta menekankan kemajuan yang dicapai dalam memperkukuh keupayaan pertahanan negara-negara Asia Tenggara.
"Setiausaha Hegseth menekankan kepentingan pendekatan menggunakan akal dan kerjasama pragmatik untuk menghalang pencerobohan serta mencapai keamanan melalui kekuatan," menurut kenyataan itu.
Dalam kenyataan berasingan selepas pertemuan antara Hegseth dan Setiausaha Pertahanan Kebangsaan Filipina, Gilberto Teodoro Jr., Pentagon memaklumkan bahawa kedua-dua pihak menekankan kepentingan perkongsian dan ketelusan dalam usaha mengekang tindakan China.
"Setiausaha Hegseth memuji Filipina kerana berani menentang tindakan agresif China yang menyasarkan aktiviti sah Filipina di Laut China Selatan," menurut kenyataan Jabatan Pertahanan AS.
Awal bulan ini, Majlis Negara China dalam Kertas Putih keselamatan nasional terbaharu mendakwa bahawa kuasa anti-China di Barat berusaha mengekang dan menekan Beijing dalam pelbagai cara.
Menurut dokumen itu, campur tangan kuasa luar dalam hal ehwal negara jiran China kian meningkat, sekali gus mengancam keselamatan sempadan dan wilayah sekitar. Ia turut mendakwa bahawa beberapa negara secara terang-terangan mencampuri urusan dalaman China, sekali gus mencetuskan ketegangan di Selat Taiwan, Laut China Selatan dan Laut China Timur.
Berhubung masa depan China, Kertas Putih itu menekankan keupayaan Beijing tidak seperti sebelumnya dalam melindungi dan membentuk keselamatan nasionalnya, serta menegaskan bahawa keteguhan pendiriannya kekal utuh.
--BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI
Topic Berkaitan
#peter hegseth
#China
#Amerika Syarikat
#Laut China Selatan
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan