awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shahabuddin Chuppu diumum Presiden Bangladesh ke-22

Bernama
Bernama
13/02/2023
13:45 MYT
Shahabuddin Chuppu diumum Presiden Bangladesh ke-22
Pemilihan Md Shahabuddin Chuppu sebagai presiden memang sudah dijangka sejak awal lagi. - Gambar/ FB Md Shahabuddin Chuppu
DHAKA: Pesara hakim dan bekas pesuruhjaya suruhanjaya antirasuah Mohammed Shahabuddin Chuppu diumum sebagai presiden Bangladesh pada Isnin, lapor Xinhua.
Ketua Pesuruhjaya Pilihan Raya Kazi Habibul Awal yang membuat pengumuman itu pada sidang akhbar di Dhaka berkata calon parti pemerintah Liga Awami Bangladesh (AL) itu dipilih tanpa bertanding.
Beliau berkata suruhanjaya itu akan mengeluarkan makluman berhubung perkara ini pada lewat Isnin.
Penyandang Abdul Hamid tidak dipilih semula sebagai presiden kerana perlembagaan negara membenarkan presiden memegang jawatan itu untuk tempoh maksimum dua penggal.
Tempoh kedua dan terakhir Hamid tamat pada 24 April.
Menurut perlembagaan Bangladesh, Ahli Parlimen adalah pengundi dalam pilihan raya presiden.
Memandangkan parti AL mempunyai majoriti mutlak dalam parlimen, pemilihan Md Shahabuddin Chuppu sebagai presiden memang sudah dijangka sejak awal lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#presiden baharu bangladesh
#Shahabuddin Chuppu
#pesara hakim
#antirasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan