KATHMANDU: Pemandu pendakian terkenal, Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Pemandu berusia 54 tahun itu tiba di puncak pada hari Ahad dan kini sedang menuruni gunung, kata pegawai kerajaan Khimlal Gautam yang ditempatkan di Kem Pangkalan Everest kepada dpa.
Mengesahkan pendakian itu, pengerusi Seven Summit Treks Mingma Sherpa memberitahu dpa bahawa Kami Rita mencapai kejayaan berkenaan ketika mengetuai sekumpulan pendaki ke puncak itu.
Dengan pencapaian ini, Kami Rita menambah rekod berbanding pemandu pendakian lain, Pasang Dawa Sherpa, yang telah mendaki Everest sebanyak 27 kali. Kedua-duanya menyatakan bahawa pencapaian ini adalah sebahagian daripada sumber mata pencarian dan rekod tersebut tidak pernah menjadi keutamaan mereka.
Dilahirkan di kaki Gunung Everest dalam komuniti etnik Sherpa, Kami Rita memulakan kerjayanya sebagai porter sebelum menjadi pemandu pendakian. Menurut Guinness Book of World Records, beliau telah mendaki Everest hampir setiap tahun sejak kejayaan pertama pada 1994.
Kepakaran mendaki gunung Sherpas dan pengetahuan tempatan sangat penting untuk laluan selamat beratus-ratus pendaki yang mendaki Everest setiap tahun.
Jabatan Pelancongan Nepal telah mengeluarkan permit kepada 414 pendaki musim ini.
Nepal mempunyai lapan daripada 14 puncak tertinggi di dunia, semuanya melebihi 8,000 meter.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Pemandu berusia 54 tahun itu tiba di puncak pada hari Ahad dan kini sedang menuruni gunung. - Gambar fail/Reuters

10 pelari digantung 3 tahun kerana buang air kecil di tempat awam semasa maraton
Persatuan menggesa pelari dan penganjur acara untuk menegakkan peraturan perlumbaan dan melindungi integriti sukan itu.

Panglima tentera darat Australia ketuai penghormatan Hari Anzac di Malaysia
Stuart akan merasmikan Upacara Subuh di Taman Peringatan Sandakan, yang terletak di tapak kem POW Perang Dunia Kedua, pada Hari Anzac.

Enam beranak antara 44 maut akibat serangan udara Israel di Gaza
"Cukuplah... setiap hari ada kematian, setiap hari kami kehilangan orang tersayang."

Konsep MADANI boleh diperluaskan ke peringkat ASEAN - Dr Jemilah
Nilai teras yang diketengahkan dalam konsep itu seperti keadilan dan kemanusiaan adalah sejajar dengan dengan aspirasi ASEAN.

‘BERHENTI Vladimir!’: Trump beri amaran kepada Putin selepas serangan maut di Kyiv
Amaran Trump dikeluarkan selepas Presiden Ukraine merayu kepada sekutunya agar tingkatkan tekanan terhadap Rusia supaya hentikan pencerobohan.

Semua pihak diseru junjung prinsip keadilan, keutuhan pentadbiran - Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah, 25 tahun pemerintahan baginda itu memperlihatkan pelbagai cabaran dan kejayaan.

PRU2025 Singapura: PM Wong seru kekalkan perpaduan ketika PAP mulakan kempen
PM Singapura seru rakyat negara itu kekal bersatu dan tidak membenarkan kuasa luar atau perbezaan pandangan terhadap isu global memecahbelahkan negara.

Presiden Maldives akan lawat Malaysia untuk perkukuh hubungan dua hala
Presiden Maldives Mohamed Muizzu dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Malaysia mulai Ahad ini.

Usaha pembaharuan Bangladesh dapat sokongan kuat Qatar
Program pembaharuan kerajaan sementara Bangladesh menerima sokongan kuat dari Qatar.

Korea Selatan, AS adakan rundingan perdagangan berkaitan tarif
Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan rundingan perdagangan peringkat tinggi di Washington pada Khamis, ketika Seoul berusaha untuk menghapuskan tarif "timbal balik" menyeluruh yang diken

Warisan seni dan budaya ASEAN miliki potensi besar - Tiong
ASEAN bukan sahaja maju dari segi ekonomi, malah menyaksikan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap warisan seni dan budaya.

Pakej haji: Usah tertipu dengan penampilan 'kopiah', tawar harga murah
Rakyat Malaysia sering kali terperdaya dengan tawaran harga murah yang disangkakan sebagai rezeki, sedangkan ia mungkin satu perangkap.

KKDW tingkat usaha promosi Tasik Kenyir
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meningkatkan usaha mempromosikan Tasik Kenyir bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malaysia tingkatkan promosi pelancongan di Singapura menjelang TMM2026
Singapura merupakan pasaran penyumbang pelancong utama ke Malaysia, dengan 18.85 juta ketibaan pelawat dan RM27.9 bilion hasil direkodkan pada tahun lepas.

Melaka lancar TMM2.0 hujung tahun ini
Kerajaan negeri akan melancarkan Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) pada 31 Dis depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Malaysia promosi kempen pelancongan 2026 dengan jerayawara di 4 bandar utama Indonesia
Ia melibatkan penyertaan 35 penggiat industri pelancongan Malaysia termasuk agensi pelancongan, hotel, pusat peranginan dan pemilik produk.

Pelancong ke Malaysia meningkat kepada 6.7 juta pada Januari-Februari
Kedatangan pelancong ke Malaysia meningkat sebanyak 31.3 peratus kepada 6.7 juta orang bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.

BFF 2025 pacu pelancongan Labuan, pamer 200,000 jenis pokok bunga
Labuan bakal menjadi tuan rumah bagi Festival Floria Borneo (BFF) 2025 yang julung kali diadakan, menampilkan 20 taman pameran dengan lebih 200,000 jenis pokok bunga dan tanaman hiasan.

Penerbangan terus Yangon-Pulau Pinang tingkat pelancongan perubatan
Duta Besar Myanmar ke Malaysia Aung Soe Win berkata penerbangan berkenaan turut memberi manfaat besar kepada kedua-dua negara.

Filipina gantung aktiviti pelancongan berhampiran Gunung Kanlaon
Orang ramai digesa sentiasa berwaspada dan mematuhi nasihat rasmi berikutan keadaan gunung berapi yang masih tidak stabil.