DUNIA
Siapa Druze? Penentang atau perisik Israel? Ini penjelasan penganalisis

Kemusnahan yang menyusul selepas pertembungan antara puak Druze dan Badui di Suwayda, Syria. - foto REUTERS/Karam al-Masri
KUALA LUMPUR: Pada 17 Julai, rejim Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Suwayda, Syria dengan alasan untuk melindungi kumpulan minoriti Druze di negara baru merdeka itu.
Ringkasan AI
- Israel melancarkan serangan udara ke Suwayda, Syria kononnya untuk melindungi kumpulan minoriti Druze, di tengah ketegangan antara puak Druze dan Badui yang bermula sejak April.Druze merupakan minoriti kecil di Syria dengan kepercayaan esoterik, dan sering berada dalam kedudukan politik yang kompleks. Mereka menolak penjajahan Zionis dan enggan menerima kewarganegaraan Israel, walaupun ditawarkan.Israel didakwa menggunakan strategi pecah dan perintah dengan memperalat kumpulan minoriti seperti Druze, walaupun pada masa sama Druze di Israel sendiri menghadapi diskriminasi dan layanan tidak adil.
Berdasarkan laporan media, ketegangan di selatan Syria yang melibatkan puak Druze telah bermula sejak April, ketika operasi memburu pengikut setia Bashar al-Assad giat dilaksanakan.
Tetapi persoalannya, kenapa hanya sekarang Israel mahu mencapuri urusan dalaman Syria? Siapakah kumpulan minoriti Druze yang didakwa hendak dilindungi?
Siapa Druze? Penentang atau perisik Israel? Ini penjelasan penganalisis
Berikut merupakan 10 perkara mengenai kumpulan Druze berdasarkan penerangan oleh Prof. Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Kamaruzaman Yusoff, dan Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan MyCARE, Megat Aiman Hakim Megat Shariffudin dalam program Agenda AWANI pada Isnin: 1. Populasi di Syria: Dianggarkan sekitar 500,000 orang, mewakili kira-kira 3 peratus populasi Syria.
2. Kepercayaan: Agama Druze adalah campuran unsur Islam Syiah, falsafah Yunani, dan unsur Gnostik. Ia bersifat esoterik dan hanya sebahagian kecil daripada komuniti yang mengetahui ajaran penuh.
3. Kedudukan Politik: Sepanjang perang saudara Syria, mereka membentuk militia sendiri di wilayah selatan seperti Suwayda, dan sering berada dalam kedudukan berbolak-balik antara menyokong pemerintah Syria atau mengekalkan autonomi.
4. Ketegangan antara Druze Syria dan Druze Israel: Druze di Syria marah kerana Druze dari Israel dan Yahudi dihantar ke kawasan sempadan Syria untuk mengubah komposisi penduduk menjadi seimbang (50-50; Druze:Bukan Druze).
5. Tujuan geopolitik Israel: Israel didakwa cuba menggugat pengaruh kerajaan Syria melalui strategi pecah dan perintah dengan memperalat kumpulan minoriti termasuk Druze.
6. Diskriminasi terhadap Druze di Israel: Druze seramai 150,000 orang di Israel didakwa tidak mendapat hak yang sewajarnya, sama seperti orang Arab Palestin.
7. Penolakan status penduduk tetap Israel: Walaupun Israel menawarkan status penduduk tetap kepada Druze di Bukit Golan, mereka enggan menerimanya kerana menyaksikan layanan buruk Israel terhadap bangsa Arab di Israel.
8. Penolakan penjajahan Zionis oleh Druze Syria: Druze di Bukit Golan, Suwayda, Idlib dan utara Syria (jumlah sekitar 10,000) menolak penjajahan rejim Zionis dan enggan menerima kewarganegaraan Israel.
9. Sokongan rakyat Syria terhadap penolakan penjajahan: Penduduk Syria dari pelbagai latar belakang termasuk Druze dan Kristian turut menolak penjajahan Zionis.
10. Perpecahan dalam komuniti Druze Palestin: Terdapat Druze di Palestin yang menyokong rejim Zionis, malah ada yang menjadi perisik dalam unit khas untuk mengintip pejuang Palestin.
Agenda AWANI: Israel-Syria setuju gencatan senjata

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami