awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa pencabar Erdogan?

Sinar Harian
Sinar Harian
03/03/2023
21:40 MYT
Siapa pencabar Erdogan?
Kemal Kilicdaroglu (kanan) dikatakan calon pilihan pembangkang untuk bersaing dengan Recep Tayyip Erdogan. - Foto: Agensi
ANKARA: Perikatan pembangkang di Turkiye terdiri daripada enam parti bakal mengumumkan calon yang akan menjadi pencabar Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Isnin ini.
Pengumuman itu dibuat selepas Erdogan mengesahkan Pilihan Raya Umum bakal berlangsung pada 14 Mei depan, mengikut tarikh asal walaupun negara tersebut sedang bergelut dengan pasca gempa.
Pemimpin keenam-enam parti berkenaan dilaporkan mengadakan pertemuan pada Khamis untuk memilih calon yang akan bersaing dengan Erdogan dan calon pilihan dinamakan setakat ini ialah Kemal Kilicdaroglu yang merupakan pemimpin parti pembangkang utama, Parti Rakyat Republik (CHP).
"Kami telah mencapai persefahaman berhubung calon untuk Pilihan Raya Presiden ke-13 dan pelan hala tuju untuk proses peralihan," ujar perikatan itu dalam satu kenyataan walaupun terdapat dakwaan berlaku perselisihan pendapat tentang pemilihan calon berkenaan.
Difahamkan, keenam-enam pemimpin itu akan memberi taklimat kepada lembaga eksekutif parti masing-masing sebelum mengadakan pertemuan sekali lagi pada Isnin untuk mengumumkan kenyataan akhir kepada umum.
Ketika pemilihan sebelum ini, puak pembangkang gagal untuk menampilkan pesaing sengit kepada Erdogan yang telah memegang kuasa selama dua dekad, namun populariti pemimpin itu dikatakan semakin merosot di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang semakin meningkat.
Parti pembangkang di Turkiye mula menjalinkan kerjasama lebih rapat sejak kejayaan mereka menguasai majlis perbandaran utama termasuk Istanbul dan Ankara daripada Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Erdogan pada pemilihan 2019. - Agensi
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#Recep Tayyip Erdogan
#presiden turkiye
#pilihan raya umum Turkiye
#Parti Keadilan dan Pembangunan Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan