awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siapa sebenarnya Briged Izuddin Al-Qassam?

Astro Awani
Astro Awani
17/07/2014
01:11 MYT
Siapa sebenarnya Briged Izuddin Al-Qassam?
Musuh kami menceroboh tanah kami. Mereka menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi janda.
Sayap tentera pergerakan Islam Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam sering dilabelkan pengganas, militan dan pelampau oleh media barat.
Pada tahun 2012, Astro AWANI mendekati Briged Izzudin Al-Qassam. Bekas wartawan kanan Astro AWANI, Wan Mahazir Wan Mahmud mendekati Briged Izzudin Al-Qassam untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kumpulan tersebut.
Pertemuan sulit tersebut menyentuh tentang keganasan yang dikaitkan dengan Hamas dan Al-Qassam yang sering disebut oleh media barat dan pihak yang anti Islam.
Bagi pejuang Al-Qassam, apa yang mereka lakukan hanyalah untuk mempertahankan diri selepas diserang.
"Musuh kami menceroboh tanah kami. Mereka menyebabkan kanak-kanak menjadi yatim piatu dan wanita menjadi janda.
"Mereka juga merosakkan tanah kami. Apa yang boleh kami lakukan? Adakah kita hanya perlu bertepuk tangan?" kata salah seorang pejuang Al-Qassam.
Pejuang Al-Qassam juga menjelaskan, mereka tidak memerangi Yahudi kerana mereka itu Yahudi sebaliknya kerana mereka hanya memusuhi tentera Zionis Israel.
"Saya ingin menjelaskan kami bukan memerangi Yahudi kerana mereka bangsa Yahudi. Ia bukan begitu. Kami berperang menentang mereka yang menceroboh kami.
"Saya masih ingat delegasi Rabai Yahudi pernah melawat Gaza. Adakah kami lakukan mereka seperti mana kami lakukan pada askar Israel? Sudah tentu tidak kerana mereka tidak bermusuh dengan kami," kata pejuang Al-Qassam itu lagi.
Apa yang paling penting, agenda media barat perlu difahami yang menjaga kepentingan Israel dan sering menjadi alat propaganda rejim Zionis itu.
Topic Berkaitan
#Briged Izuddin Al-Qassam
#Gaza
#Hamas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan