INTERNATIONAL
Sidang Kemuncak ASEAN bincang isu tarif AS di peringkat bilateral - Amir Hamzah

Amir Hamzah menyatakan keutamaan ASEAN adalah menyelesaikan isu Myanmar, dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung hari ini dan esok di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan turut membincangkan isu tarif Amerika Syarikat (AS) di peringkat bilateral dan antara ketua-ketua negara.
Ringkasan AI
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di KLCC membincangkan isu tarif AS serta memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa, termasuk dengan GCC dan China.
- Menteri Kewangan II menyatakan keutamaan ASEAN adalah menyelesaikan isu Myanmar, dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha tersebut.
- Sidang kemuncak ini menampilkan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan ASEAN-GCC-China pertama, mencerminkan peningkatan kerjasama antara Asia Tenggara, rantau Teluk dan China.
"Bagi saya, kerjasama antara ASEAN dengan GCC dan China pula menyaksikan kita ada peluang untuk membina satu blok yang boleh berdagang secara bersama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Akauntan Antarabangsa 2025 Institut Akauntan Malaysia (MIA) di sini, hari ini.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang diadakan di bawah Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan" dan kali kelima Malaysia mempengerusikan blok serantau ini selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat berkaitannya dijangka membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa dengan krisis di Myanmar kekal menjadi kebimbangan utama negara-negara anggota blok itu.
Selain mesyuarat peringkat ASEAN, sidang kemuncak itu juga akan menampilkan dua platform antara rantau yang penting iaitu Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang pertama kali diadakan, sekali gus memaparkan peningkatan kerjasama antara Asia Tenggara dan rakan strategiknya di rantau Teluk dan China.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami