awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang

Bernama
Bernama
04/09/2023
05:20 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN, G20: Korea Selatan desak tindak balas tegas ancaman Pyongyang
Yoon berkata, sumber pembiayaan haram utama Korea Utara untuk pembangunan nuklear dan peluru berpandunya perlu dihalang. - Gambar/ Bernama
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata beliau akan menggesa masyarakat antarabangsa untuk memberikan tindak balas yang tegas terhadap ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara apabila beliau menghadiri beberapa siri sidang kemuncak pelbagai hala di Indonesia dan India minggu ini, Agensi Berita Yonhap memetik wawancara yang disiarkan pada Isnin.
Yoon membuat kenyataan itu dalam temu bual bertulis dengan Associated Press yang disiarkan sehari sebelum beliau menuju ke Jakarta untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 dan sidang kemuncak berkaitan.
Dari Indonesia, beliau akan pergi ke New Delhi pada Jumaat untuk menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20).
"Pada sidang kemuncak berkaitan ASEAN dan sidang kemuncak G20 akan datang, saya berhasrat menggesa masyarakat antarabangsa supaya bertindak tegas terhadap provokasi peluru berpandu dan ancaman nuklear Korea Utara yang semakin meningkat dan bekerjasama rapat dalam denuklearisasi (pembubaran program nuklear)," Yoon dipetik sebagai berkata.
"Selagi sekatan Majlis Keselamatan PBB pada masa ini dilaksanakan, sumber kewangan Korea Utara untuk membangunkan (senjata pemusnah besar-besaran) boleh disekat pada tahap yang ketara," tambahnya.
Yoon khususnya menyatakan keperluan untuk menghalang apa yang dikatakannya sebagai sumber pembiayaan utama Korea Utara untuk pembangunan nuklear dan peluru berpandunya, memetik pencurian mata wang kripto, eksport buruh, memudahkan pemindahan maritim dan aktiviti haram lain.
"Masyarakat antarabangsa mesti menunjukkan dengan jelas bahawa keazaman mereka untuk menghentikan program nuklear Korea Utara jauh lebih kuat daripada kehendak Korea Utara untuk terus membangunkannya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sidang Kemuncak ASEAN
#G20
#Korea Selatan
#Korea Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan