awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 paling substantif dalam sejarah - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
27/05/2025
11:10 MYT
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 paling substantif dalam sejarah - PM
Anwar berkata, ASEAN telah mencapai kemajuan dan mengadakan perbincangan termasuk dengan kehadiran pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung Isnin dan Selasa disifatkan sebagai yang paling substantif dalam sejarah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sepanjang penganjuran sidang tersebut, ASEAN telah mencapai kemajuan dan mengadakan perbincangan termasuk dengan kehadiran pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.
Kata Anwar, selaku Pengerusi ASEAN 2025, pelbagai agenda spesifik difokuskan pada sidang kali ini termasuk melibatkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
"Saya ingin menyatakan penghargaan setingginya kepada rakan-rakan pemimpin ASEAN yang menunjukkan semangat setia kawan luar biasa, yang memungkinkan kita mencapai kesepakatan dalam banyak hal.
"Kemudian dengan GCC, ini walaupun pengalaman baharu kerana pertemuan pertama dua tahun lalu di Riyadh itu, lebih dalam erti kata permulaan dan pengenalan. Persetujuan secara umum tetapi kali ini ada perbincangan yang lebih teliti dan substantif.
"Begitu juga dengan kehadiran Premier China, Li Qiang. Tapi sebelum itu kejayaan itu juga terletak pada Menteri dan Kementerian Luar yang membuat persiapan yang sangat rapi serta luar biasa," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam sidang media penutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung selama dua hari bermula Isnin.
Selain Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, turut berlangsung secara serentak ialah Sidang Kemuncak ASEAN-GCC kedua dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China buat julung kalinya.
Dapatkan berita ASEAN 2025 di sini
Topic Berkaitan
#ASEAN25
#ASEAN 2025
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan