awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidang Kemuncak G7 berakhir, perbincangan tertumpu kepada perang Rusia-Ukraine

Bernama
Bernama
21/05/2023
14:43 MYT
Sidang Kemuncak G7 berakhir, perbincangan tertumpu kepada perang Rusia-Ukraine
Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima menutup tirainya pada Ahad, menyaksikan tumpuan perbincangan menjurus kepada perang Rusia-Ukraine. - Reuters
ANKARA: Sidang Kemuncak Kumpulan Tujuh (G7) di Hiroshima yang menutup tirainya pada Ahad, menyaksikan tumpuan perbincangan menjurus kepada perang Rusia-Ukraine serta isu-isu panas yang lain.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada akhir sidang kemuncak itu, para peserta menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kyiv, lapor Agensi Anadolu memetik laporan Agensi Berita Kyodo. Jepun.
Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida turut berkongsi mengenai matlamat untuk mencapai dunia bebas nuklear yang bebas daripada ancaman.
Sementara itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy yang turut mengambil bahagian dalam perbincangan berkenaan bersedia untuk mengadakan rundingan dua hala dengan Kishida pada hari yang sama.
Banyak negara membangun mengelak menyebelahi mana-mana pihak dalam pencerobohan Moscow terhadap Ukraine kerana sebahagian daripadanya bergantung kepada Rusia yang kaya dengan sumber untuk bekalan ketenteraan dan tenaga.
Hari ini, Zelenskyy dijangka menyampaikan ucapan di Hiroshima, satu daripada dua bandar yang musnah akibat bom atom pada 1945.
Pemimpin Ukraine itu juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pada Sabtu, pemimpin G7 mengeluarkan pernyataan yang menyokong Ukraine selagi negara itu berhadapan pencerobohan "haram" Rusia.
Zelenskyy turut bertemu pemimpin dari Itali, Britain, India, Perancis dan Jerman.
Sidang kemuncak itu juga menggariskan kepentingan usaha kolaboratif untuk menangani risiko kekurangan dan krisis keterjaminan makanan global yang semakin teruk dengan menggesa supaya potensi dan operasi Inisiatif Bijian Laut Hitam dimaksimumkan.
Dalam "Deklarasi Hiroshima untuk Keterjaminan Makanan Global Berdaya Tahan" yang dikeluarkan semasa sidang kemuncak itu, pemimpin G7 menekankan risiko kekurangan makanan dunia dan pentingnya untuk bekerjasama menangani krisis keterjaminan makanan global.
Pengisytiharan itu menyatakan bahawa COVID-19, konflik Rusia-Ukraine dan harga tenaga dan baja yang tidak menentu mengancam keterjaminan makanan global dan hampir 828 juta penduduk dunia berlapar pada 2021.
Deklarasi itu turut menekankan akses kepada makanan yang berpatutan, selamat dan berkhasiat dan pentingnya meningkatkan kebolehjangkaan dalam pasaran selain mewujudkan sistem yang mampan.
"Matlamat bersama kami adalah untuk membina masa depan lebih baik untuk setiap individu, termasuk keterjaminan makanan global yang berdaya tahan dan berkhasiat untuk semua," menurut deklarasi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak
#G7
#Rusia
#Ukraine
#hiroshima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan