awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siklon Freddy ragut 447 nyawa, lebih 362,000 hilang tempat tinggal di Malawi

Bernama
Bernama
19/03/2023
05:10 MYT
Siklon Freddy ragut 447 nyawa, lebih 362,000 hilang tempat tinggal di Malawi
Siklon Freddy yang melanda selatan Malawi sejak Ahad hingga Selasa mencetuskan angin kencang, banjir dan tanah runtuh, meragut ratusan nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal. - Gambar/ AP
LILONGWE: Jumlah korban akibat siklon Freddy di selatan Malawi mencecah 447 orang setakat pukul 7 malam waktu tempatan (1700 GMT) Sabtu manakala seramai 362,928 penduduk telah dipindahkan.
Menurut kemas kini Jabatan Hal Ehwal Pengurusan Bencana (DoDMA) pada Sabtu, seramai 918 penduduk cedera dan 282 lagi hilang, lapor Xinhua.
Anggota tentera, polis dan pasukan penyelamat lain masih meneruskan operasi menyelamat.
Presiden Malawi Lazarus Chakwera berkata beberapa misi asing, kerajaan, pertubuhan tempatan dan antarabangsa, syarikat dan individu telah bersetuju untuk menawarkan bantuan.
Sesi persekolahan di wilayah selatan negara ini telah ditangguhkan sehingga 31 Mac memandangkan kira-kira 230 sekolah dijadikan kem perlindungan sementara.
Siklon Freddy yang melanda wilayah di selatan Malawi sejak Ahad hingga Selasa yang mencetuskan angin kencang, banjir dan tanah runtuh, meragut ratusan nyawa serta menyebabkan ratusan ribu orang hilang tempat tinggal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Siklon Freddy
#Malawi
#angka korban
#bencana alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan