Gara-gara terpengaruh dengan tawaran satu sindiket untuk menunaikan ibadah haji menggunakan kuota haji Filipina, seramai 177 rakyat Indonesia kini ditahan di Depot Tahanan Imigresen negara itu.
Media-media tempatan melaporkan kesemua warga Indonesia itu terpedaya dengan sindiket ejen haji sebuah syarikat tempatan yang 'menawarkan' perkhidmatan membawa jemaah negara itu menerusi penerbangan dari Manila, Filipina.
Sindiket itu dikatakan mengenakan bayaran sehingga AS$10,000 (RM40,000) bagi setiap bakal haji dan mereka berlepas dari Sulawesi Selatan ke Manila pada 19 Ogos lepas.
Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla ketika mengulas kejadian itu berkata sebanyak 177 bakal jemaah haji itu ditahan pihak berkuasa Filipina kerana kesalahan menggunakan pasport Filipina.
Beliau berkata kerajaan Indonesia sedang berusaha membantu mereka supaya tidak dikenakan hukuman.
Menurutnya mereka adalah mangsa penipuan dan kerajaan Indonesia telah meminta supaya kesemua mangsa sindiket itu dibebaskan pihak berkuasa Filipina.
Sementara itu, media-media dalam talian memetik jurucakap Kedutaan Indonesia di Filipina sebagai berkata bahawa mangsa sindiket haji itu secara berperingkat ditempatkan di Kedutaan Besar Indonesia di Filipina.
"Walaupun dipindahkan ke kedutaan itu, mereka masih tidak dibenarkan pulang ke tanah air kerana harus membantu siasatan.
"Kedutaan telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina bahawa mereka adalah mangsa dan tidak mengetahui mengenai modus operandi ejen terbabit," kata jurucakap itu.
Kesemua mangsa itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa di Manila ketika hendak berlepas ke Jeddah setelah pihak berkuasa mendapati pasport mereka mencurigakan dan merekae tidak boleh berbahasa Tagalog iaitu bahasa kebangsaan Filipina.
Setelah disiasat, kesemua 177 jemaah haji itu didapati bukan warganegara Filipina dan mereka memasuki negara itu sebagai pelancong sebelum diberikan pasport Indonesia bagi tujuan menunaikan haji.
Kuota Haji Filipina dikatakan tidak dipenuhi umat Islamnya setiap tahun.
Sementara itu, Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 168,000 jemaah haji dari Indonesia tahun ini.
Bagaimanapun, waktu menunggu giliran haji di Indonesia kini adalah lebih 20 tahun ekoran jumlah yang mendaftar untuk menunaikan ibadah itu semakin meningkat setiap tahun.
Bernama
Tue Aug 30 2016
Jusuf Kalla berkata, Indonesia berusaha membantu jemaah mereka yang terkandas di Filipina supaya tidak dikenakan hukuman kerana mereka menjadi mangsa penipuan. - Foto AFP
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.
Malaysia tiada keperluan keluarkan peta baharu - Mohamed Khaled
Malaysia tidak mempunyai keperluan untuk mengeluarkan peta baharu sempadan maritim dan akan terus mempertahankan kawasan perairan demi kedaulatan negara.