awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
KPDN tingkat kawalan di ICQS Tebedu
MALAYSIA
Ibu kandung, bapa tiri kanak-kanak OKU mati didera direman
DUNIA
Peningkatan konflik Israel-Iran, jejaskan lagi kestabilan serantau - Mohamad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April

Bernama
Bernama
12/03/2025
07:15 MYT
Sponsor Banner
Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Menurut syarikat penerbangan itu, bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin pada semua penerbangan SIA dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar. - Gambar fail/Reuters
SINGAPURA: Pelanggan Singapore Airlines (SIA) tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat sepanjang tempoh penerbangan mereka berkuat kuasa 1 April.

Ringkasan AI
  • Pelanggan Singapore Airlines (SIA) tidak dibenarkan menggunakan atau mengecas bank kuasa melalui port USB dalam pesawat mulai 1 April.
  • Bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar, dengan kapasiti sehingga 100Wh tanpa kelulusan khas.
  • Langkah ini diambil untuk mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya IATA dan mengurangkan risiko kebakaran dalam pesawat.

Dalam satu pemakluman yang dikeluarkan pada Rabu, ia menyatakan bahawa Kumpulan SIA mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) mengenai pengangkutan bank kuasa, yang diklasifikasikan sebagai bateri litium.
"Ini bermakna bank kuasa mesti dibawa dalam bagasi kabin pada semua penerbangan SIA dan tidak dibenarkan dalam bagasi berdaftar," kata syarikat penerbangan itu.
Ia juga menyatakan bahawa pelanggan boleh membawa bank kuasa dengan kapasiti sehingga 100Wh tanpa kelulusan khas, manakala mereka yang antara 100Wh dan 160Wh memerlukan kelulusan syarikat penerbangan.
Scoot, anak syarikat tambang rendah SIA, turut mengeluarkan kenyataan serupa di Facebook.
Langkah terbaru SIA itu menyusuli sekatan serupa yang diperkenalkan beberapa syarikat penerbangan di Asia susulan risiko kebakaran dalam pesawat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapore Airlines
#larangan pengecasan bank
#IATA
#bateri litium
#power bank
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami