awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan

Agensi
Agensi
18/05/2024
09:30 MYT
Singapura alami gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan
Purata kemasukan harian COVID-19 di hospital meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya. - Gambar hiasan/ Reuters
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura memaklumkan negara itu sedang mengalami gelombang baharu COVID-19, dengan peningkatan kes jangkitan pada dua minggu lepas.
Menteri Kesihatannya, Ong Ye Kung berkata kes COVID-19 tersebut di bahagian permulaan gelombang, di mana ia dijangka memuncak dalam dua hingga empat minggu akan datang.
Memetik laporan The Straits Times pada Sabtu, kementerian itu menganggarkan jumlah kes COVID-19 pada 5 hingga 11 Mei meningkat kepada 25,900 kes, berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.
Tambah kementerian itu, purata kemasukan harian COVID-19 di hospital meningkat kepada kira-kira 250 daripada 181 minggu sebelumnya.
Sementara, purata harian kes unit rawatan rapi (ICU) kekal rendah iaitu tiga kes, berbanding dua kes pada minggu sebelumnya.
Ye Kung menegaskan, jika jumlah kes COVID-19 meningkat sekali ganda, Singapura akan mempunyai 500 pesakit dalam sistem penjagaan kesihatannya dan ia masih boleh dikendalikan.
Bagaimanapun, katanya jika bilangan kes meningkat dua kali ganda untuk kali kedua,dan ia akan menjadi beban besar kepada sistem kesihatan hospital.
Topic Berkaitan
#kes COVID-19
#jangkitan COVID-19
#Singapura
#gelombang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan