awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura cari lebih banyak vaksin COVID-19 bukan mRNA

Bernama
Bernama
24/06/2021
20:00 MYT
Singapura cari lebih banyak vaksin COVID-19 bukan mRNA
Menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, kementeriannya mencari vaksin bukan mRNA yang "berkualiti, selamat dan berkesan" untuk digunakan dalam program vaksinasi Singapura. - Gambar hiasan/BERNAMA
SINGAPURA: Singapura telah menandatangani perjanjian pembelian hadapan dengan Novavax, sebuah firma bioteknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), pada Januari tahun ini untuk vaksin non Messenger RNA (mRNA) COVID-19.
Menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, kementeriannya mencari vaksin bukan mRNA yang "berkualiti, selamat dan berkesan" untuk digunakan dalam program vaksinasi Singapura.
"Baru-baru ini beberapa ujian klinikal Novavax menunjukkan... hasil memberangsangkan namun penghantarannya tidak dapat dibuat secepat mungkin kerana vaksin itu masih menjalani ujian klinikal fasa tiga,"
"Kami bekerjasama rapat dengan Novavax dan menunggu permohonan mereka untuk kelulusan. Kami berharap bekalan vaksin akan sampai sebelum akhir tahun untuk mereka yang ingin menerima vaksin bukan mRNA," katanya dalam satu sidang media maya Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 pada Khamis.
Mengenai program vaksinasi itu, Ong yang juga pengerusi bersama MTF berkata republik itu menunjukkan kemajuan yang memberangsangan.
Sehingga 23 Jun, lebih lima juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan dengan kira-kira tiga juta individu menerima sekurang-kurangnya dos pertama manakala hampir dua juta lagi mendapat dos kedua.
Bermula 26 Jun, Ong berkata program vaksinasi negara akan dipergiat "memandangkan kami telah dapat mempercepatkan penghantaran bekalan vaksin."
Ong berkata republik itu akan memberikan sehingga 80,000 dos vaksin sehari, berbanding 47,000 hari ini dan kira-kira 40,000 pada Mei 2021.
"Sekarang kita bergerak lebih pantas untuk memastikan sasaran dapat dicapai lebih awal," kata Ong.
"Kita juga berharap dua pertiga penduduk di negara ini lengakp divaksin menjelang Hari Kebangsaan, dan kita yakin sasaran itu dapat dicapai," kata Ong.
Hari Kebangsaan Singapura disambut 9 Ogos setiap tahun.
Pada 31 Mei lalu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan Singapura menyasarkan dua pertiga penduduknya divaksin dengan sekurang-kurangnya dos pertama menjelang awal Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#vaksin
#bukan mRNA
#non Messenger RNA
#COVID-19
#Ong Ye Kung
#Lee Hsien Loong
#mRNA
#program vaksinasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan