awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/02/2026
00:50 MYT
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
Keadaan kereta Perodua Myvi yang terlibat kemalangan mengorbankan pejalan kaki.di LTU pada awal.pagi Isnin lalu. - Foto PDRM
BENTONG: Seorang lelaki maut diseret kereta sejauh kira-kira 10 meter selepas dirempuh ketika cuba melintas jalan di Kilometer 13.5 Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini pada Isnin.
Dalam kemalangan kira-kira jam 2.30 pagi itu, mangsa tanpa identiti berusia dalam lingkungan 30-an disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur.
Menurutnya, ketila tiba di lokasi kejadian, seorang pejalan kaki dipercayai melintas secara tiba-tiba dari pembahagi jalan.
"Pemandu kereta gagal mengelak lalu melanggar dan menyeretnya," katanya.
Zaiham berkata, hasil pemeriksaan, pihak polis tidak menemui sebarang pengenalan diri bersama mangsa yang dipercayai warga tempatan itu.
"Ketika kejadian, mangsa memakai baju kurta berwarna ungu gelap dan berseluar jean hitam," katanya.
Justeru katanya, pihak polis meminta waris yang ada kehilangan ahli keluarga agar tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong untuk pengesahan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Siasatan lanjut masih dijalankan. Orang ramai yang melihat kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan nahas itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Bentong di talian 09-222 2222 atau pegawai penyiasat, 011-61600964," katanya. - SInar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#pejalan kaki
#melintas jalan
#dirempuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan