awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura desak gencatan senjata serta-merta, bantuan kemanusiaan segera di Gaza

Bernama
Bernama
24/07/2025
15:29 MYT
Singapura desak gencatan senjata serta-merta, bantuan kemanusiaan segera di Gaza
Penafian terhadap bantuan kemanusiaan telah menyebabkan kebuluran besar-besaran dan kekurangan perkhidmatan perubatan asas yang kritikal. - Reuters
SINGAPURA: Singapura menggesa agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta di Gaza, dan menyeru Israel supaya mematuhi obligasi kemanusiaan antarabangsa serta segera menarik balik semua sekatan terhadap penghantaran bantuan kemanusiaan yang sangat diperlukan.
Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan berkata penderitaan berpanjangan rakyat awam tidak bersalah di Gaza, susulan tindak balas ketenteraan berlebihan Israel sejak 7 Okt 2023, adalah sesuatu yang "tidak dapat diterima sama sekali."
Kementerian itu menambah bahawa penafian terhadap bantuan kemanusiaan telah menyebabkan kebuluran besar-besaran dan kekurangan perkhidmatan perubatan asas yang kritikal.
"Laporan mengenai orang awam yang ditembak ketika cuba mendapatkan makanan amat mengejutkan. Ini adalah satu pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) mesti dibenarkan menyambung semula misi kemanusiaannya seperti yang diamanahkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," menurut kenyataan MFA pada Khamis.
Kementerian itu turut menekankan bahawa semua orang awam mesti dilindungi, khususnya mereka yang sedang mengakses bekalan bantuan kemanusiaan.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia menyatakan bahawa sehingga 13 Julai, seramai 875 orang terbunuh di Gaza ketika cuba mendapatkan makanan, dengan kebanyakan mereka maut di sekitar pusat bantuan persendirian yang dikendalikan oleh pertubuhan dikenali sebagai Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF).
Program Makanan Sedunia (WFP) pula melaporkan bahawa pada 20 Julai, sekumpulan besar orang awam telah ditembak oleh kereta kebal, penembak tepat dan tembakan lain dari pihak Israel ketika mereka menghampiri konvoi WFP yang membawa bantuan makanan untuk komuniti kelaparan di utara Gaza. Puluhan orang dilaporkan terkorban atau cedera dalam serangan itu.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Singapura
#gencatan senjata
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Israel
#genosid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan