awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza

Bernama
Bernama
04/02/2025
20:30 MYT
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Balakrishnan berkata, sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober 2023, Singapura dan rakyat Singapura telah menyumbangkan enam agihan bantuan kemanusiaan bernilai lebih S$19 juta. - Gambar fail
SINGAPURA: Singapura merancang untuk menghantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza, terdiri daripada makanan, bekalan penting, dan bekalan perubatan, menurut Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Menteri itu memberitahu Parlimen pada Selasa, pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan rakan sejawatannya dari Jordan, Ayman Safadi, sehari sebelumnya.
"Ia akan diangkut menggunakan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) Tentera Udara Republik Singapura (RSAF), dan kami akan menyerahkannya kepada rakan kongsi kami di Jordan," katanya ketika menjawab Soalan Parlimen yang dikemukakan Ahli Parlimen (MP) West Coast GRC, Ang Wei Neng.
Beliau juga menjawab soalan tambahan oleh beberapa MP lain.
Balakrishnan berkata, sejak bermulanya konflik Israel-Hamas pada Oktober 2023, Singapura dan rakyat Singapura telah menyumbangkan enam agihan bantuan kemanusiaan bernilai lebih S$19 juta.
Beliau berkata, Singapura akan terus menyumbang secara dua hala atau bekerjasama dengan pihak lain di rantau itu, memandangkan keperluan pembinaan semula yang signifikan untuk Gaza.
"Kami juga bersedia, melalui Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkatkan kami, untuk menyokong program latihan di Gaza, dengan kerjasama Pihak Berkuasa Palestin," tambahnya.
Sementara itu, menteri itu berkata, fasa dua dan fasa tiga gencatan senjata Hamas-Israel akan sangat rumit dan bergantung pada kemahuan politik dan keberanian para pemimpin di semua pihak.
"Terdapat peranan yang sangat terhad bagi kita di sini, berkenaan dengan isu itu. Kedua-dua pihak Israel dan Palestin yang telah kita libatkan mengetahui kedudukan kita. Kita berdiri untuk keamanan. Kita berdiri untuk pembangunan," katanya.
Balakrishnan berkata, Singapura menggesa semua pihak untuk mematuhi terma perjanjian, terutamanya untuk membolehkan bantuan kemanusiaan mengalir, yang penting untuk mengurangkan situasi kemanusiaan yang teruk.
Beliau berkata, penghantaran bantuan tanpa halangan mesti diteruskan, dan menggesa semua pihak untuk mencapai persetujuan bagi fasa-fasa seterusnya untuk mencapai gencatan senjata kekal, pembebasan semua tebusan, dan untuk membolehkan pembinaan semula Gaza dalam jangka panjang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Singapura
#Gaza
#konflik
#vivian balakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan