awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 - Laporan

Bernama
Bernama
28/07/2025
14:30 MYT
Singapura, Indonesia, Malaysia berdepan risiko jerebu rentas sempadan pada 2025 - Laporan
Singapura, Indonesia dan Malaysia berdepan risiko sederhana berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk sepanjang baki tahun ini, menurut penilaian yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pada Isnin. - Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA: Singapura, Indonesia dan Malaysia berdepan risiko sederhana berlakunya jerebu rentas sempadan yang teruk sepanjang baki tahun ini, menurut penilaian yang dikeluarkan oleh Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura (SIIA) pada Isnin, lapor Xinhua.
Penilaian itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu, apabila tahap risiko jerebu dikategorikan sebagai rendah.
SIIA menggunakan skala tiga peringkat untuk menilai risiko: rendah, sederhana dan tinggi.
Menurut laporan berkenaan, kenaikan harga hasil pertanian serta peningkatan aktiviti penebangan hutan menjadi punca utama peningkatan kebakaran terbuka, yang seterusnya mencetuskan jerebu.
Ini termasuk peningkatan bilangan titik panas dan asap jerebu yang dikesan di beberapa kawasan di Sumatera pada pertengahan Julai lalu.
Jerebu dijangka merebak dari Sumatera Tengah ke beberapa bahagian di Semenanjung Malaysia.
Laporan itu turut memberi amaran bahawa dasar ekonomi atau pertanian yang tidak terkawal boleh menyebabkan lebih banyak hutan ditebang, terutama jika pembakaran terus digunakan sebagai kaedah pembersihan tanah.
SIIA turut meramalkan bahawa antara 2027 hingga 2030, rantau Asia Tenggara mungkin mengalami musim kering luar biasa, sekali gus meningkatkan risiko kejadian jerebu yang lebih serius pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu rentas sempadan
#Malaysia
#Singapura
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan