awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura lanjutkan cuti ibu bapa bergaji mulai 1 April

Bernama
Bernama
28/03/2025
14:15 MYT
Singapura lanjutkan cuti ibu bapa bergaji mulai 1 April
Skim Cuti Dikongsi Ibu Bapa (SPL) baharu Singapura, yang membolehkan ibu bapa bekerja yang layak untuk berkongsi sehingga 10 minggu cuti berbayar, akan berkuat kuasa mulai 1 April. - Foto hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Skim Cuti Dikongsi Ibu Bapa (SPL) baharu Singapura, yang membolehkan ibu bapa bekerja yang layak untuk berkongsi sehingga 10 minggu cuti berbayar, akan berkuat kuasa mulai 1 April.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan bahawa dengan penambahbaikan ini, pasangan yang layak akan berhak mendapat 30 minggu cuti berbayar dalam tahun pertama kelahiran anak mereka.
"Skim SPL baharu ini menegaskan komitmen kerajaan untuk menyediakan sokongan penjagaan yang lebih kukuh kepada ibu bapa semasa peringkat awal kelahiran anak, ketika keperluan penjagaan mereka adalah menjadi keutamaan.
"SPL juga menggalakkan tanggungjawab bersama ibu bapa dan membolehkan golongan bapa memainkan peranan aktif dalam penjagaan anak mereka," menurut kenyataan kementerian itu.
SPL perlu diambil dalam tempoh 12 bulan selepas kelahiran anak dan hanya boleh digunakan selepas Cuti Bersalin Berbayar Kerajaan (GPML) atau Cuti Paterniti Berbayar Kerajaan (GPPL) habis sepenuhnya.
Ketika ini, GPML menyediakan cuti sehingga 16 minggu kepada ibu bekerja yang layak, manakala GPPL memberikan cuti sehingga empat minggu kepada bapa bekerja yang layak, bermula 1 April.
Kedua-dua jenis cuti ini mesti diambil dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kelahiran anak.
MSF berkata skim SPL akan dilaksanakan dalam dua fasa bagi membolehkan majikan menyesuaikan keperluan tenaga kerja dan operasi mereka.
Dalam fasa pertama, ibu bapa bekerja yang layak bagi anak yang lahir pada atau selepas 1 April 2025 akan berhak mendapat enam minggu SPL, manakala dalam fasa kedua, ibu bapa kepada anak yang lahir pada atau selepas 1 April 2026 akan berhak mendapat 10 minggu.
Kelayakan SPL akan diagihkan sama rata antara kedua-dua ibu bapa, namun mereka mempunyai fleksibiliti untuk menentukan pembahagian cuti yang paling sesuai dengan keperluan penjagaan keluarga mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skim Cuti Dikongsi Ibu Bapa
#Singapura
#cuti ibu bapa bergaji
#April
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan