awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu saudara, sepupu antara tiga ditahan pukul wanita, dera kanak-kanak 10 tahun
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun

Bernama
Bernama
24/01/2025
08:40 MYT
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020. -Gambar hiasan/Pixabay
SINGAPURA: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) melonggarkan dasar monetarinya pada Jumaat, langkah pertama seumpamanya sejak Mac 2020.

Ringkasan AI
  • MAS melonggarkan dasar monetarinya dengan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
  • Inflasi teras dijangka kekal di bawah dua peratus pada 2025, dan momentum pertumbuhan ekonomi Singapura dijangka perlahan tahun ini selepas prestasi memberangsangkan pada separuh kedua 2024.
  • MAS akan terus memantau perkembangan ekonomi global dan domestik serta kekal berwaspada terhadap risiko kepada inflasi dan pertumbuhan.

MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
"Pelarasan berhemah ini konsisten dengan laluan pengukuhan sederhana dan beransur-ansur bagi jalur dasar S$NEER untuk memastikan kestabilan harga jangka sederhana," menurut kenyataan dasar monetari MAS.
Bank pusat dan pengawal selia kewangan itu turut menyatakan ia akan memantau dengan teliti perkembangan ekonomi global dan domestik serta kekal berwaspada terhadap risiko kepada inflasi dan pertumbuhan.
MAS berkata momentum pertumbuhan Singapura dijangka perlahan tahun ini selepas mencatat prestasi memberangsangkan pada separuh kedua 2024 (H2 2024), dengan tahap output dijangka hampir mencapai potensi ekonomi negara itu secara keseluruhan bagi 2025.
Sementara itu, MAS memaklumkan inflasi teras tidak termasuk penginapan dan pengangkutan persendirian, telah menurun lebih cepat daripada yang dijangkakan dan akan kekal di bawah dua peratus tahun ini, mencerminkan tekanan harga asas yang kembali rendah dan stabil dalam ekonomi.
MAS meramalkan purata inflasi teras akan berlegar antara satu hingga dua peratus pada 2025, lebih rendah daripada unjuran 1.5 hingga 2.5 peratus pada Oktober 2024.
Dalam pada itu, purata inflasi Indeks Harga Pengguna (CPI) Semua Barangan diunjurkan antara 1.5 hingga 2.5 peratus tahun ini, berbanding 2.4 peratus pada 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#longgar dasar monetari
#kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan