INTERNATIONAL
Singapura pantau lonjakan kes COVID-19

Vaksinasi kekal berkesan dalam mencegah penyakit serius, dan orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga serta mendapatkan vaksinasi terkini. - Gambar/ Reuters
SINGAPURA: Pihak berkuasa kesihatan Singapura kini memantau peningkatan jangkitan COVID-19 di republik itu susulan lonjakan melebihi 3,000 kes dalam minggu terkini.
Ringkasan AI
- Jumlah kes meningkat kepada 14,200 dalam minggu terkini, berbanding 11,100 kes pada minggu sebelumnya.
- Varian LF.7 dan NB.1.8 adalah varian utama yang menular, tetapi tiada bukti menunjukkan ia lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk.
- Vaksinasi kekal berkesan dalam mencegah penyakit serius, dan orang ramai dinasihatkan untuk terus mengamalkan langkah berjaga-jaga serta mendapatkan vaksinasi terkini.
MOH dan CDA berkata peningkatan kes berkemungkinan disebabkan beberapa faktor, termasuk penurunan imuniti dalam kalangan penduduk.
Ketika ini, varian LF.7 dan NB.1.8 (masing-masing keturunan daripada varian JN.1) merupakan varian utama yang menular di Singapura, merangkumi lebih dua pertiga daripada kes tempatan yang dianalisis secara berturut-turut.
Bagaimanapun, MOH dan CDA berkata tiada bukti menunjukkan varian yang sedang menular itu lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk berbanding varian sebelumnya.
"Seperti penyakit pernafasan endemik lain, gelombang COVID-19 secara berkala dijangka berlaku sepanjang tahun," menurut kenyataan itu sambil menegaskan bahawa vaksinasi kekal berkesan dalam mencegah penyakit serius.
Mereka yang berisiko tinggi mengalami gejala teruk akibat COVID-19, termasuk individu berusia 60 tahun ke atas, pesakit yang mempunyai kerentanan kesihatan serta penghuni kemudahan jagaan warga emas digalakkan mendapatkan vaksinasi terkini.
Petugas kesihatan serta individu yang tinggal atau bekerja dengan golongan rentan juga disarankan untuk mengambil vaksin.
Orang ramai turut dinasihatkan agar terus mengamalkan langkah berjaga-jaga serta mengutamakan tanggungjawab kendiri dan sosial.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami