DUNIA
Singapura perketat penguatkuasaan larangan rokok elektronik di pengangkutan awam
Mereka yang didapati menggunakan rokok elektronik akan diarah keluar dari premis dan dilapor kepada pihak berkuasa. - Astro AWANI
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura mempertingkatkan penguatkuasaan larangan rokok elektronik dalam rangkaian pengangkutan awam, dengan kakitangan stesen kini giat melakukan rondaan, menurut Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin.
Mereka yang didapati menggunakan rokok elektronik akan diarah keluar dari premis dan dilapor kepada pihak berkuasa, manakala individu yang berada dalam keadaan mabuk boleh diserahkan kepada polis," kata agensi itu dalam hantaran di Facebook.
Dalam satu hantaran berasingan pada Isnin, pengendali pengangkutan SMRT menggesa orang ramai supaya melaporkan kesalahan berkaitan rokok elektronik kepada pihak berkuasa.
Rokok elektronik adalah dilarang di Singapura dan pesalah boleh dikenakan denda sehingga S$2,000 (kira-kira AS$1,559).
-- BERNAMA