DUNIA
Singapura rancang pinda undang-undang tangani taktik campur tangan asing yang berkembang

Singapura merancang untuk meminda Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) (FICA) atau bagi menangani taktik campur tangan asing yang semakin berkembang, Shanmugam. - Gambar hiasan
SINGAPURA: Singapura merancang untuk meminda Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) (FICA) atau bagi menangani taktik campur tangan asing yang semakin berkembang, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, K. Shanmugam.
FICA diluluskan pada Oktober 2021 untuk memperkukuh keupayaan negara itu mencegah, mengesan dan mengganggu campur tangan asing dalam politik domestik yang dijalankan melalui kempen maklumat berseteru dalam talian (HIC) serta penggunaan proksi tempatan.
"Kami merancang untuk meminda Akta Lalu Lintas Jalan bagi menangani keadaan keselamatan jalan raya yang semakin meruncing. Kami juga sedang mengukuhkan undang-undang untuk menangani cabaran seperti penipuan dalam talian dan dadah," katanya pada Jumaat dalam adendum Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) kepada Ucapan Presiden semasa pembukaan Parlimen ke-15 pada 5 Sept.
Adendum itu menggariskan inisiatif utama dan tumpuan MHA di bawah tema "Memperkukuh Rasa 'Kita' dan Perpaduan Sosial."Shanmugam berkata. Singapura juga akan memperkenalkan Rang Undang-Undang Undang-Undang Jenayah (Pindaan Pelbagai) pada akhir tahun ini bagi merasionalisasi undang-undang jenayah negara, melindungi mangsa yang terdedah dengan lebih baik, serta menangani trend jenayah yang muncul.
Beliau berkata, pengukuhan undang-undang Singapura, pendalaman kerjasama dan penggunaan teknologi secara agresif adalah sebahagian daripada usaha berterusan MHA untuk berdepan ancaman dalam persekitaran keselamatan global yang semakin rapuh.
Shanmugam turut menyatakan, jabatan-jabatan Home Team akan meningkatkan usaha menggunakan teknologi sebagai pengganda keberkesanan dengan bekerjasama rapat bersama Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).
"Khususnya, kami sedang membuat pelaburan besar dalam Kecerdasan Buatan (AI), dan telah melancarkan gerakan khas HTxAI bagi memperkukuh keupayaan kami," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami