awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM manfaat kepakaran universiti bantu penyelidikan AI, tadbir urus dan rasuah
Protes Iran: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku  - Penganalisis
PRK: BN yakin dapat pertahan kerusi Kinabatangan, Lamag - Zambry
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura rendahkan unjuran pertumbuhan KDNK 2020 antara -7.0 dan -4.0 peratus

Bernama
Bernama
26/05/2020
05:13 MYT
Singapura rendahkan unjuran pertumbuhan KDNK 2020 antara -7.0 dan -4.0 peratus
Menurut MTI, berikutan wujudnya ketidaktentuan yang signifikan kepada ekonomi global, unjuran bagi ekonomi Singapura telah mengalami penurunan sejak Mac lepas. Gambar fail/ Reuters
Kementerian Perdagangan dan Industri (MTI) Singapura merendahkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) republik itu antara -7.0 dan -4.0 peratus tahun ini berbanding -4.0 dan -1.0 peratus sebelum ini.
Ini berikutan kemerosotan prospek permintaan luaran bagi republik itu selain jangkaan impak ekonomi daripada langkah-langkah pemutus rantaian, menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Selasa.
Di sebalik penurunan itu, MTI berkata wujud ketidakpastian yang berterusan mengenai tempoh dan impak buruk penularan COVID-19 serta trajektori pemulihan ekonomi bagi Singapura dan di peringkat global.
Menurut kementerian berkenaan, ekonomi republik itu menguncup 0.7 peratus berdasarkan asas tahun ke tahun pada suku pertama berbanding pertumbuhan 1.0 peratus pada suku sebelumnya.
Ia berkata, berdasarkan asas musim terlaras tahunan suku-ke-suku, ekonomi Singapura merosot 4.7 peratus, susut daripada pengembangan 0.6 peratus pada suku keempat tahun lepas.
Bagaimanapun, tiga sektor mencatat pertumbuhan pada suku itu iaitu pembuatan; maklumat dan komunikasi; dan kewangan dan insurans.
Sektor pembuatan berkembang 6.6 peratus tahun ke tahun berbanding penguncupan 2.3 peratus pada suku terdahulu.
Pertumbuhan itu disumbangkan oleh peningkatan pengeluaran dalam kluster pembuatan bioperubatan dan kejuruteraan tepat atau perincian yang mengimbangi penyusutan output pengeluaran dalam kluster elektronik dan bahan kimia.
Sektor maklumat dan komunikasi pula tumbuh 3.5 peratus tahun ke tahun manakala sektor kewangan dan insurans berkembang 8.0 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun, sektor pembinaan menguncup 4.0 peratus tahun ke tahun, diikuti sektor pengangkutan dan penyimpanan yang berkurangan 8.1 peratus.
Dalam sektor pengangkutan dan penyimpanan pula, sektor pengangkutan udara mengalami kelembapan disebabkan penurunan ketara jumlah pelanggan yang dikendalikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi akibat sekatan pergerakan di peringkat global bagi membendung penularan COVID-19.
Malah, segmen pengangkutan air dan darat turut menguncup di tengah-tengah pertumbuhan yang lembap dalam jumlah pengendalian kargo dan permintaan domestik yang berkurangan ke atas pengangkutan awam.
Menurut MTI, berikutan wujudnya ketidaktentuan yang signifikan kepada ekonomi global, unjuran bagi ekonomi Singapura telah mengalami penurunan sejak Mac lepas.
Bagaimanapun, kementerian itu berkata ekonomi Singapura dilihat berdaya tahan dalam sektor pembuatan serta maklumat dan komunikasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#berbanding
#COVID-19
#Dunia
#ekonomi
#KDNK
#koronavirus
#merosot
#pandemik
#perkembangan semasa
#perniagaan
#pertumbuhan
#Singapura
#unjuran awal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan