awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gaza perlu bantuan kemanusiaan diperluas, bukan sekatan tambahan - UNRWA
Pegawai, anggota AKPS perlu kekalkan tahap integriti, elak salah guna kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Protes Iran: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku  - Penganalisis

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
12/01/2026
13:15 MYT
Protes Iran: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku  - Penganalisis
Iran berdepan gelombang protes besar-bersaran sejak 28 Disember lalu. - Gambar Reuters
KUALA LUMPUR: Israel tidak mahu perubahan rejim berlaku di Iran kata Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique.

Ringkasan AI
  • Israel tidak berminat menukar rejim Iran kerana menganggap Iran sebagai musuh berguna untuk terus meningkatkan kapasiti persenjataan dengan sokongan AS.Struktur kuasa Iran yang kompleks menjadikan perubahan rejim hampir mustahil, berbeza dengan negara seperti Venezuela.AS juga gagal dalam usaha perubahan rejim di negara lain seperti Afghanistan, menunjukkan cabaran besar untuk menggulingkan kepimpinan Iran.

Jelasnya, Israel menganggap Iran sebagai musuh berguna untuk membolehkan negara haram itu terus meningkatkan kapasiti persenjataan ketenteraan.
"Dengan adanya Iran, Israel boleh menambah kapasiti persenjataan mereka, yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS). Saya tidak fikir Israel mahu menamatkan kepimpinan Ayatollah di Iran kerana pasti Israel tahu bahawa struktur kuasa di Iran tidak sama seperti di Venezuela.
“Maksud saya, apabila AS menculik (Presiden Venezuela) Nicolas Maduro, dengan mudah sebuah pentadbiran baharu terbentuk. Sebaliknya, sistem wilayatul faqih di Iran sangat berlapis dan sukar untuk berlaku perubahan rejim. Bahkan orang-orang Ayatollah berada dalam segenap sudut kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam progam Agenda AWANI pada Isnin.
Dalam pada itu, Pensyarah Pengajian Sejarah, Pusat Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) University of London, Dr. Rowena Abdul Razak berkata, perubahan rejim seperti yang digambarkan oleh AS adalah mustahil untuk dijayakan.
Beliau turut menyorot kegagalan AS mengekalkan kerajaan Afghanistan di bawah kepimpinan Hamid Karzai yang ditubuhkan selepas pentadbiran Taliban digulingkan
“Walaupun, Reza Pahlavi dan puak pro-raja mendominasi diaspora Iran di luar negara, mereka tidak ada legitimasi dan sokongan yang membolehkan perubahan rejim di Iran.
“Hatta, Presiden AS, Donald Trump juga tidak berminat. Berdasarkan maklumat yang saya terima, Trump menolak pertemuan dengan Pahlavi,” jelasnya.
Gelombang protes berlaku di Iran sejak 28 Disember lalu susulan kejatuhan mendadak nilai rial dan tekanan kos sara hidup yang mencetuskan kemarahan awam.
Protes tersebut kemudian merebak ke beberapa bandar dan wilayah lain, seterusnya berubah membawa slogan anti-kerajaan, termasuk seruan perubahan lebih besar terhadap sistem pemerintahan.
Pada masa yang sama, pihak berkuasa dilaporkan bertindak melaksanakan penahanan besar-besaran serta sekatan akses internet yang menyukarkan pemantauan masa nyata di lapangan.
Topic Berkaitan
#Iran
#Donald Trump
#kos sara hidup
#sistem pemerintahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami