Singapura akan memendekkan Notis Duduk Di Rumah (SHN) daripada 14 hari kepada tujuh hari bagi pengunjung yang datang dari enam negara dan wilayah berisiko rendah COVID-19 termasuk Malaysia.
"Langkah tersebut akan berkuat kuasa jam 12 tengah malam, 1 Sept ini, untuk semua pengunjung yang masuk atau keluar dari Singapura," kata Pasukan Bertindak Pelbagai Kementerian Mengenai COVID-19, dalam kenyataan, di sini, pada Jumaat.
Selain Malaysia, negara lain ialah Australia (kecuali wilayah Victoria), Macau, China, Taiwan dan Vietnam.
Pengunjung dari negara-negara ini serta warga dan penduduk tetap Singapura perlu menjalani tempoh SHN selama seminggu di tempat kediaman mereka.
Sementara, pemegang pas jangka panjang boleh menjalani SHN selama seminggu di tempat kediaman mereka atau ahli keluarga atau sebagai penyewa tunggal atau di tempat penginapan yang sesuai seperti hotel.
Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus menjalankan ujian COVD-19 menjelang tamat tempoh SHN.
Bagaimanapun, pasukan bertindak itu berkata syarat perjalanan di bawah aturan Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) akan diterus diguna pakai.
Berkuat kuasa 1 Sept ini, Singapura juga melonggarkan sebahagian sekatan sempadan bagi membenarkan pengunjung dari Brunei Darussalam dan New Zealand masuk ke republik itu.
Pengunjung yang memasuki Singapura dan telah menetap di Brunei atau New Zealand dalam tempoh dua minggu sebelum kemasukan mereka tidak perlu menjalani notis SHN.
Sebaliknya, mereka akan menjalani ujian COVID-19 apabila tiba di lapangan terbang serta hanya boleh meneruskan aktiviti mereka di Singapura setelah mendapat keputusan ujian negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 21 2020

Pemegang pas jangka panjang Singapura boleh menjalani SHN selama seminggu di tempat kediaman mereka atau ahli keluarga atau sebagai penyewa tunggal atau di tempat penginapan yang sesuai seperti hotel. - Gambar hiasan

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

Polis Terengganu sasar pemilik motosikal ubah suai ekzos bising
Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pemilik yang dikesan melakukan kesalahan itu.

Tumpuan AWANI 7:45 - Nafi mesej tular | Gelombang haba tahap kuning
Parti Pribumi Bersatu Malaysia nafi penyebaran maklumat intipati mesyuarat parti itu yang mendakwa PRU-15 bakal diadakan antara Jun dan Julai tahun ini & Tujuh kawasan di Semenanjung Malaysia rekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga. Perincian lanjut dalam AWANI 7:45 malam ini.

Kerjasama Bersatu-UMNO di Sabah tidak tergugat - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kerjasama utuh antara parti itu dengan UMNO Sabah tidak tergugat dengan senario politik semasa di Semenanjung.

06 Mac 2021: Fokus Minggu Depan
#FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara. Kami senaraikan antara perkara yang akan berlaku sepanjang minggu depan.

Sabah tumpu aspek keselamatan tingkat industri pelancongan
Datuk Jafry Arrifin, berkata perkara tersebut penting bagi memberi keyakinan kepada para pelancong.

COVID-19: 221 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 221 kes positif COVID-19 dengan Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 79 kes.

Kemudahan kesihatan swasta di Sarawak sedia dijadikan pusat vaksinasi
Hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) sudah bersedia untuk disenaraikan sebagai pusat vaksinasi COVID-19 dalam negara.

Aktiviti sukan, rekreasi individu dan berpasukan dibenarkan di kawasan PKPB, PKPP
Liga Bola Sepak Malaysia (Liga-M), Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) yang melibatkan pergerakan rentas negeri, kebenaran polis adalah diperlukan.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

COVID-19: 1,680 kes baharu, 7 kematian
Sebanyak 1,680 jangkitan baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 311,777 kes.

COVID-19: 221 kes positif, satu kluster baharu di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 221 kes positif COVID-19 dengan Sibu kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 79 kes.

Kemudahan kesihatan swasta di Sarawak sedia dijadikan pusat vaksinasi
Hospital swasta dan klinik pengamal perubatan am (GP) sudah bersedia untuk disenaraikan sebagai pusat vaksinasi COVID-19 dalam negara.

Vaksin COVID-19: Penerimaan rakyat penting bagi putuskan rantaian jangkitan
Penerimaan rakyat terhadap Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan merupakan aspek penting dalam menjayakan agenda memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.

P. Pinang nafi cadangan jual vaksin melalui hospital swasta beri keutamaan kepada VIP
Cadangan supaya hospital swasta di Pulau Pinang dibenarkan membeli vaksin COVID-19 berbayar adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada petugas barisan hadapan.

Pelajar zahir keterujaan, gembira dapat kembali ke kampus
Rata-rata pelajar yang mula hadir ke kampus menzahirkan rasa teruja dan gembira untuk menerusi sesi PdP di kampus.

'My English Matters' bantu individu perkasa bahasa Inggeris
Kelas percuma Amna boleh diikuti pada setiap Selasa, jam 10 pagi.

7,700 pelajar UPM mula hadir ke kampus
Dr Arifin berkata, seramai 6,500 pelajar di kampus Serdang dan 1,200 pelajar di kampus Bintulu, Sarawak.

Program Vaksinasi COVID-19 di Miri bermula hari ini
Program melibatkan enam Pusat Pemberian Vaksin (PPV) iaitu Hospital Miri, Hospital Marudi, Dewan Eastwood, Dewan Dato Permaisuri, Dewan Masyarakat Bekenu, dan Dewan Suarah Marudi.