awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih

Bernama
Bernama
08/03/2021
09:26 MYT
Singapura tawarkan vaksin COVID-19 kepada pemandu lori kargo Malaysia terpilih
Vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura. - Gambar fail
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura hari ini menyatakan mereka akan menawarkan vaksin COVID-19 pada bulan ini, kepada pemandu dan pengiring lori kargo terpilih yang sering memasuki Singapura daripada Malaysia.
Kenyataan MOH itu menyatakan, vaksinasi itu bertujuan untuk meminimakan risiko jangkitan kepada pekerja yang terlibat dalam penghantaran barangan perlu ke Singapura.
"Vaksinasi akan memberikan perlindungan tambahan terhadap COVID-19, memastikan kakitangan terlibat akan terus menghantar barangan perlu ke Singapura dengan selamat," katanya.
MOH menyatakan, mereka yang terpilih untuk divaksin akan dimaklumkan menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS) daripada Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura dan akan dihubungi selepas itu untuk janji temu menjalani vaksinasi di tempat yang ditetapkan di Singapura.
Mereka yang tidak menerima vaksin akan terus dibenarkan memasuki negara itu, bergantung kepada langkah pengawalan jangkitan yang dikenakan seperti ujian saringan ketika ketibaan dan langkah pengurusan keselamatan.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19 di sini.
Berkaitan program vaksinasi Singapura, kementerian itu menyatakan sehingga 7 Mac 2021 mereka telah melaksanakan lebih daripada 596,000 dos vaksin COVID-19.
Secara keseluruhannya MOH menyatakan kira-kira 379,000 individu di Singapura telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, dan lebih daripada 217,000 telahpun menerima dos kedua dan melengkapkan rejim vaksinasi penuh.
Kementerian itu juga menyatakan, apabila lebih banyak bekalan vaksin tiba, ia akan memanjangkannya kepada kakitangan perlu yang terlibat dalam fungsi kritikal seperti posmen dan kakitangan penghantaran selain wartawan dan kakitangan operasi bank yang terlibat dalam operasi perbankan dan kewangan kritikal.
Kementerian itu bersama agensi kerajaan berkaitan dan badan berkanun, mereka secara progresifnya telah menawarkan vaksinasi kepada kakitangan yang menyediakan perkhidmatan perlu.
Ini termasuklah agensi keselamatan yang bertanggungjawab menjaga sempadan dan undang-undang dan ketenteraman, termasuk Lembaga Imigresen dan Pemeriksaan Sempadan (ICA); mereka yang terlibat dengan utiliti seperti perkhidmatan air, tenaga dan telekomunikasi; pekerja yang berkaitan bekalan makanan keperluan dan barangan keperluan isi rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ujian saringan
#program vaksinasi
#vaksin
#Malaysia
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#vaksin untuk pemandu lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan