awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Singapura terus tunjuk kemajuan kawal COVID-19

Bernama
Bernama
12/05/2020
20:48 MYT
Singapura terus tunjuk kemajuan kawal COVID-19
Singapura melaksanakan usaha memutus rantaian yang lebih ketat pada 7 April, yang dijadualkan berakhir pada 1 Jun, susulan penularan wabak COVID-19.
Singapura terus menunjukkan kemajuan dalam mengendalikan wabak COVID-19, baik dalam komuniti maupun di asrama pekerja asing, kata Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian Lawrence Wong.
"Angka komuniti terus turun, pemantauan kami menunjukkan kes-kes yang tidak dapat dikesan dalam komuniti juga berkurangan," kata Wong yang juga Menteri Pembangunan Nasional republik itu pada sidang media maya di sini pada Selasa.
Menurut pasukan petugas, jumlah kes baharu dalam komuniti terus menunjukkan penurunan kepada lapan kes baru setiap hari pada minggu lepas manakala terdapat kemajuan yang dicapai mengenai kadar reproduksi virus dalam komuniti yang juga menunjukkan pengurangan.
"Kami berada dalam kedudukan yang baik untuk mulai memikirkan kemungkinan pelonggaran beberapa sekatan selepas 1 Jun tetapi kami akan melakukannya dengan sangat berhati-hati," kata Wong.
Singapura melaksanakan usaha memutus rantaian yang lebih ketat pada 7 April, yang dijadualkan berakhir pada 1 Jun.
Sementara itu, Wong berkata ramai pekerja asing kini semakin pulih.
"Pada akhir bulan ini, terdapat 20,000 orang akan dibenarkan discaj. Begitu juga pada Jun, kami menjangkakan banyak lagi yang akan pulih serta didiscaj dan dapat menyambung semula pekerjaan," katanya.
"Semua ini berlaku sebaik sahaja kami melonggarkan sekatan pemutus rantaian dan membuka semula ekonomi," katanya, sambil menambah bahawa lebih banyak pekerja akan dibenarkan untuk menyambung kerja selepas 1 Jun, dan kemudian republik itu secara beransur-ansur akan mengambil langkah membuka semula ekonomi.
Kementerian Kesihatan republik itu memaklumkan pihaknya telah menguji lebih dari 3,000 pekerja asing di asrama setiap hari, dan hingga kini, lebih 32,000 atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah pekerja telah diuji.
Mulai 5 Mei, Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian telah membenarkan aktiviti dan perkhidmatan terpilih disambung semula secara beransur-ansur, tetapi tertakluk kepada langkah-langkah pengurusan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#asrama
#buka semula ekonomi
#COVID-19
#discaj
#kemajuan
#kes baharu
#kes positif
#Lawrence Wong
#pekerja asing
#pelonggaran sekatan
#pemantauan
#sekatan
#sekatan pemutus rantaian
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan