awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
Netanyahu bakal bertemu Trump di AS ketika rundingan gencatan senjata Gaza perlahan
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian

Bernama
Bernama
27/12/2025
20:15 MYT
Sistem tekanan rendah kutub landa Gaza, ancam keselamatan penduduk di kem pelarian
Sistem tekanan rendah kutub yang disertai hujan lebat dan angin kencang melanda Gaza pada Sabtu, memburukkan lagi keadaan penduduk Palestin yang tinggal di khemah daif dan pusat perlindungan sesak tanpa kemudahan asas. - Gambar fail Reuters
GAZA: Sistem tekanan rendah kutub yang disertai hujan lebat dan angin kencang melanda Semenanjung Gaza pada Sabtu, memburukkan lagi keadaan penduduk Palestin yang tinggal di khemah daif dan pusat perlindungan sesak tanpa kemudahan asas, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sistem itu merupakan fenomena tekanan rendah kutub ketiga yang melanda wilayah Palestin musim sejuk ini dan dijangka berterusan hingga malam Ahad, dengan satu lagi sistem tekanan rendah diramalkan melanda kawasan itu mulai Isnin, menurut pakar meteorologi, Laith al-Allami.
Beliau berkata, sistem semasa dijangka menjadi lebih kuat pada lewat Sabtu, namun jumlah hujan berkemungkinan lebih rendah berbanding ribut yang melanda Gaza kira-kira dua minggu lalu.
Menurutnya, angin kencang berkelajuan antara 70 hingga 80 kilometer sejam dijangka berlaku, disertai hujan lebat dan hujan batu di beberapa kawasan.
Suhu juga dijangka menurun sehingga sekitar 10 darjah Celsius pada waktu malam, sekali gus meningkatkan penderitaan penduduk yang kehilangan tempat tinggal, katanya.
Allami memberi amaran bahawa ribut itu boleh memburukkan lagi keadaan kemanusiaan, dengan hujan berpotensi menyebabkan takungan air dan banjir kilat yang boleh menenggelamkan kem pelarian serta meruntuhkan struktur yang telah sedia rosak.
Beliau berkata, angin kencang turut meningkatkan risiko runtuhan bangunan yang rosak akibat serangan udara Israel sejak dua tahun lalu.
Allami menggesa penduduk supaya mengikat khemah dengan kukuh menggunakan tali dan pasak bagi mengelakkan ia diterbangkan angin, menggali saluran bagi mengalirkan air hujan menjauhi kawasan perlindungan, serta menambah lapisan penebat untuk mengekalkan haba, bergantung kepada sumber yang ada.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya meninggikan barangan daripada tanah dan tidur di tempat yang lebih tinggi bagi mengurangkan risiko lemas sekiranya air memasuki khemah, serta memakai pakaian berlapis untuk mengekalkan haba badan.
Sejak cuaca buruk melanda Gaza pada Disember, sekurang-kurangnya 17 rakyat Palestin, termasuk empat kanak-kanak, dilaporkan maut, manakala kira-kira 90 peratus tempat perlindungan pelarian telah dinaiki air, menurut kenyataan terdahulu pihak pertahanan awam Gaza.
Lebih 250,000 pelarian terjejas akibat ribut musim sejuk daripada kira-kira 1.5 juta rakyat Palestin yang tinggal di khemah dan tempat perlindungan sementara yang menawarkan perlindungan minimum, menurut data pejabat media kerajaan Gaza.
Beberapa bangunan kediaman yang sebelum ini rosak akibat serangan udara Israel turut runtuh akibat hujan lebat dan angin kencang.
Walaupun gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Okt 2025, keadaan kehidupan masih belum bertambah baik kerana Israel didakwa gagal memenuhi komitmennya, termasuk membenarkan kemasukan bantuan makanan, bekalan perubatan dan perumahan sementara seperti yang dipersetujui.
Sejak bermulanya serangan Israel pada Oktober 2023, lebih 71,200 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, manakala lebih 171,200 lagi cedera.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem tekanan rendah kutub
#Gaza
#Palestin
#kem pelarian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan