awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan

Bernama
Bernama
14/12/2023
05:31 MYT
Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Ketua parti pembangkang CDP Kenta Izumi mengemukakan usul undi tidak percaya ke atas kerajaan Perdana Menteri Fumio Kishida (gambar) berikutan skandal sogokan dalam parti yang memerintah.- Gambar fail/Reuters
TOKYO: Seramai tiga menteri Jepun meletak jawatan pada Khamis di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti yang memerintah Liberal Democratic Party (LDP), Xinhua memetik laporan media tempatan.
Mereka ialah Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri, Yasutoshi Nishimura; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi, Junji Suzuki, dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, Ichiro Miyashita.
Menurut penyiar NHK, menteri itu menyerahkan surat peletakan jawatan masing-masing pada pagi Khamis.
Sementara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Hirokazu Matsuno dijangka melakukan perkara sama pada Khamis semasa sidang media.
LDP baru-baru ini menjadi tumpuan berikutan dakwaan bahawa kumpulan terbesarnya gagal mengisytiharkan ratusan juta yen dalam hasil pengumpulan dana dalam laporan pembiayaan politik, mungkin mengumpulkan dana rahsia.
PM Jepun bakal umum barisan kabinet baharu
Sementara itu, Sputnik melaporkan Matsuno mengumumkan peletakan jawatannya di tengah-tengah skandal sogokan yang hangat diperkatakan.
"Terdapat pandangan berbeza mengenai dana parti politik sekarang. Kepercayaan rakyat terhadap politik semakin berkurangan kerana itu. Terdapat perbezaan mengenai laporan dana politik saya juga.
"Untuk memastikan bahawa tidak ada gangguan dalam politik negara, hari ini saya menyerahkan surat kepada Perdana Menteri (Fumio) Kishida meminta beliau melepaskan saya daripada jawatan Ketua Setiausaha Kabinet," kata Matsuno dalam satu sidang media.
Pembangkang Jepun kemuka usul tidak percaya terhadap kerajaan Kishida
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#menteri Jepun letak Jawatan
#skandal dana politik
#Fumio Kishida
#kabinet
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan