awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Slovenia minta bantuan dari EU, NATO selepas kejadian banjir, tanah runtuh

Bernama
Bernama
07/08/2023
06:06 MYT
Slovenia minta bantuan dari EU, NATO selepas kejadian banjir, tanah runtuh
Kejadian banjir itu sebagai bencana alam terburuk sejak tiga dekad yang lalu dan jumlah kerosakan dianggarkan melebihi AS$549 juta. - AP
LJUBLJANA: Slovenia meminta bantuan teknikal daripada Kesatuan Eropah dan pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) untuk membaiki kerosakan yang disebabkan banjir dan tanah runtuh yang dahsyat sejak tiga hari lepas, agensi berita Jerman (dpa) memetik agensi berita Slovenia STA.
Perdana Menteri Robert Golob pada Sabtu menyifatkan kejadian banjir itu sebagai bencana alam terburuk sejak tiga dekad yang lalu dan jumlah kerosakan dianggarkan melebihi 500 juta Euro (AS$549 juta).
Jalan raya, landasan kereta api, jambatan, sistem kumbahan dan bangunan dilaporakan rosak teruk.
Melalui Mekanisme Perlindungan Awam EU, Slovenia meminta 30 jengkaut dengan kapasiti berbeza dan 30 kenderaan khas untuk mengawal aliran air, serta penghantaran pasukan kejuruteraan untuk mengendalikan peralatan terbabit.
Senarai itu juga termasuk 20 jambatan pasang siap sepanjang 40 meter setiap satu.
Slovenia juga meminta NATO menghantar lima helikopter tentera dengan kapasiti muatan sekurang-kurangnya lima tan untuk pengangkutan dan 200 askar bagi melaksanakan tugas perlindungan, menyelamat dan bantuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#slovenia
#banjir
#bantuan
#NATO
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan