SINGAPURA: Terdapat sokongan kuat dalam kalangan rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bagi pelaksanaan hukuman mati sebagai balasan kepada jenayah paling serius, seperti pembunuhan dengan sengaja, penggunaan senjata api dan mengedar dadah dalam jumlah yang besar.
Kesimpulan itu hasil tiga kajian oleh Kementerian Dalam Negeri (MHA) diterbitkan di bahagian 'Penerbitan' dalam laman sesawangnya pada Rabu.
Satu daripada kajian itu bertajuk 'Attitudes towards the Use of Capital Punishment' mendapati 74 peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju wajar hukuman mati dikenakan bagi jenayah paling serius.
Kajian itu dilaksanakan MHA pada 2019 dan dikendalikan Dr Carol Soon dan Shawn Goh dari Institut Kajian Dasar.
Soalan khusus mengenai 'hukuman mati mandatori', kajian mendapati 71.4 peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju bahawa hukuman mati perlu diwajibkan untuk pembunuhan dengan sengaja.
Sementara itu, 61.5 peratus bersetuju atau sangat bersetuju berhubung kesalahan mengedar dadah dengan sengaja; dan 60.1 peratus bersetuju berhubung penggunaan senjata api.
'Hukuman mati mandatori' bermakna mahkamah perlu menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah sebaik sahaja didapati bersalah dan tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman lain, menurut kajian itu.
Kajian itu juga mendapati bahawa 78.2 peratus responden percaya bahawa hukuman mati berfungsi mencegah jenayah secara umum.
Berhubung dengan pengedaran dadah, kajian menunjukkan 78.9 peratus responden percaya hukuman itu boleh menghalang individu daripada mengedar dadah ke Singapura; dan 70.8 peratus percaya ia lebih berkesan berbanding hukuman penjara seumur hidup.
Satu lagi kajian bertajuk 'Perception of Residents in Regional Cities on Singapore's Crime Situation, Law and Safety' mendapati 87.2 peratus percaya hukuman mati menyebabkan orang ramai tidak mahu mengedar dadah dalam jumlah yang banyak ke Singapura.
Kajian itu juga menunjukkan 2.5 peratus percaya hukuman mati lebih berkesan berbanding penjara seumur hidup bagi menghalang individu mengedar dadah ke Singapura.
Kajian itu dijalankan Pusat Sains Tingkah Laku Pasukan Rumah MHA dan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu pada 2018 dan 2021.
Kajian ketiga pula dijalankan Bahagian Penyelidikan dan Statistik MHA pada 2021 bertajuk 'Survey on Singapore Residents' Attitudes towards the Death Penalty'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Hukuman mati mandatori' bermakna mahkamah perlu menjatuhkan hukuman mati ke atas pesalah sebaik sahaja didapati bersalah.- Gambar hiasan
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Sokongan kukuh pelaksanaan hukuman mati bagi kebanyakan jenayah berat di Singapura - Kajian MHA
Terdapat sokongan kuat dalam kalangan rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) bagi pelaksanaan hukuman mati sebagai balasan kepada jenayah paling serius.