LONDON: SOKONGAN untuk Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan Parti Konservatif yang memerintah semakin merosot selepas pendedahan beberapa siri skandal.
Tinjauan pendapat dijalankan akhbar Observer mendedahkan, majoriti pengundi mahu Johnson dan anggota kabinetnya meletakkan jawatan.
Selain itu, tinjauan juga mendapati, sokongan untuk Konservatif jatuh empat mata kepada 32 peratus, manakala sokongan kepada Parti Buruh pembangkang meningkat kepada 41 peratus.
Johnson berdepan kritikan dalam beberapa minggu kebelakangan ini.
Ini termasuk isu pembiayaan pengubahsuaian kediaman rasminya di 10 Downing Street, serta dakwaan yang beliau campur tangan untuk memastikan haiwan peliharaan dipindahkan dari Kabul ketika pengunduran tentera asing Ogos lalu.
Paling terbaru, jenaka mengenai parti di Downing Street semasa perintah berkurung Krismas 2020 melibatkan kakitangannya.
Penarafan peribadi Johnson juga berada pada tahap terendah sejak pilihan raya, dengan penilaian kelulusannya pada -35%, turun 14 mata daripada dua minggu lalu.
Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa 57% pengundi berpendapat beliau harus meletakkan jawatan, meningkat daripada 48% dua minggu lalu.
Spekulasi mengenai kemerosoton sokongan terhadap kepimpinan Johnson di kalangan penggubal undang-undang Konservatif juga semakin kuat.
Menurut pemerhati politik dan dijangka berpuluh-puluh orang akan mengundi minggu depan menentang rancangannya untuk langkah baharu memerangi penyebaran varian Omicron bagi koronavirus.
Astro Awani
Sat Dec 11 2021
Boris Johnson dilihat berbasikal ketika mengunjungi sebuah pasar makanan di Downing Street, London, 30 Nov, 2021. - Gambar fail AP
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Tak sedar aksi dirakam, penyampai BBC mohon maaf kepada penonton
Seorang penyampai berita saluran BBC memohon maaf atas selepas tidak sengaja menunjukkan jari tengah ketika mula bersiaran di televisyen.
Parlimen Britain sahkan laporan Boris Johnson berbohong
Ini sekaligus memberikan satu lagi tamparan kepada kerjaya politik bekas Perdana Menteri itu.
Boris Johnson didapati bersalah kerana 'penghinaan berulang' terhadap Parlimen
Siasatan mendapati bekas perdana menteri Britain Boris Johnson "berulang kali menghina" Parlimen berikutan penafiannya mengenai skandal "partygate".
Boris Johnson letak jawatan sebagai ahli parlimen
Bekas Perdana Menteri itu akui sedih apabila mengambil keputusan letak jawatan.
Kerajaan Britain diberi lebih masa serah mesej WhatsApp Boris Johnson
Hakim memberi tempoh sehingga Khamis, menyerahkan mesej dari aplikasi WhatsApp dan diari Johnson sebagai sebahagian daripada siasatannya.
Pengerusi BBC letak jawatan selepas laporan beliau terlibat dalam pinjaman untuk Boris Johnson
Pengerusi BBC Britain meletak jawatan pada Jumaat berikutan laporan yang mendapati beliau melanggar kod kerajaan.
'Tiada bukti saya mengelirukan Parlimen' - Boris Johnson
Boris Johnson menafikan beliau sengaja mengelirukan Dewan Rakyat dalam skandal parti di pejabat Downing Street.
Boris Johnson dipilih bertanding di Uxbridge, bagi pilihan raya umum akan datang
Pilihan raya umum akan datang di United Kingdom dijangka berlangsung selewat-lewatnya pada Januari 2025.
PM UK: Boris Johnson tarik diri, Rishi Sunak calon kegemaran
Percubaan kali pertama Sunak ialah pada musim panas lalu berikutan peletakan jawatan Johnson, tetapi kalah kepada Liz Truss, yang meletak jawatan Khamis lalu.
Boris Johnson tidak akan sertai perlumbaan jadi PM
Beliau memutuskan bahawa ia adalah satu keputusan yang tidak wajar untuk berbuat demikian pada masa ini.