awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
Dari bilik darjah desa ke pentas dunia, tiga murid Orang Asli raih emas robotik antarabangsa
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Srettha Thavisin sedia perbaharui keyakinan global terhadap Thailand di UNGA

Bernama
Bernama
18/09/2023
15:15 MYT
Srettha Thavisin sedia perbaharui keyakinan global terhadap Thailand di UNGA
Ini akan menjadi misi pertama Srettha ke luar negara selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri baharu pada 22 Ogos. - AP
BANGKOK: Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin bersedia untuk memperbaharui keyakinan global terhadap Thailand di saat beliau mewakili kerajaan baharu negara itu pada perhimpunan tahunan pemimpin dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Srettha mengetuai delegasi ke Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bermula Isnin hingga 24 September.
Ini akan menjadi misi pertama Srettha ke luar negara selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri baharu pada 22 Ogos.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kerajaan akan memastikan keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan, potensi dan kesediaan Thailand untuk bergerak ke hadapan dan menjalin hubungan dinamik dengan semua negara.
"Ia akan menjadi peluang untuk membentangkan dasar kerajaan baharu, terutamanya membabitkan bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan, teknologi dan inovasi serta pembangunan mampan," menurut kenyataan itu.
Menurut Kementerian Luar, penyertaan Srettha dalam UNGA akan mengukuhkan semula keyakinan dan sokongan Thailand terhadap perpaduan global, serta komitmen Thailand sebagai Negara Anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab dan membina.
"Thailand menyeru agenda global yang seimbang dan pengukuhan peranan PBB dalam menangani cabaran semasa serta masa depan di tengah-tengah polarisasi dalam landskap geopolitik hari ini," menurut kenyataan itu.
Kementerian Luar menjelaskan penyertaan Srettha akan mempercepatkan pelaksanaan Agenda 2030 untuk Pembangunan Mampan dan pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) untuk menangani krisis pembangunan, ketidaksamaan, perubahan iklim, serta mempromosikan keamanan dan kesejahteraan, persekitaran baik dan liputan kesihatan sejagat.
Srettha akan diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Parnpree Bahiddha-Nukara serta Timbalan Menteri Luar Jakkrapong Sangmanee untuk menyertai Minggu Peringkat Tinggi UNGA.
Semasa lawatannya ke New York, Srettha akan menjalankan fungsi berkaitan PBB, mengadakan pertemuan dua hala dengan pemimpin dunia, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres dan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat-syarikat terkemuka AS, serta bertemu dengan komuniti Thailand di New York.
Pada perhimpunan PBB, Srettha juga akan menyampaikan kenyataan negara Thailand pada Perbahasan Umum, Sidang Kemuncak SDG, dan "Climate Ambition Summit".
Beliau juga akan menyampaikan ucapan pembukaan pada acara ASEAN mengenai pembangunan mampan yang dianjurkan oleh Thailand bertemakan "Fostering Partnership for Our Common Future: Enhancing Multi-Stakeholder Partnerships to Accelerate the SDGs in ASEAN," kerana Thailand berperanan sebagai Penyelaras ASEAN dalam Kerjasama Pembangunan Mampan.
Kementerian Luar memaklumkan semasa Minggu Peringkat Tinggi UNGA78, Thailand juga akan melancarkan kempennya untuk pencalonan Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) bagi penggal 2025-2027.
Perbahasan Umum tahun ini bertemakan, "Rebuilding trust and reigniting global solidarity: Accelerating action on the 2030 Agenda and its Sustainable Development Goals towards peace, prosperity, progress and sustainability for all".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Srettha Thavisin
#Perdana Menteri
#UNGA
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan