awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas ekspres bawa 42 penumpang terlibat kemalangan dengan lori
Jumlah mangsa banjir di Sarawak meningkat, 41 PPS dibuka - JPBN
Yu Qi bertemu Kunlavut pada final Terbuka Malaysia 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian akibat kelewatan penghantaran

Bernama
Bernama
26/06/2022
04:56 MYT
Sri Lanka hadkan bahan api kenderaan persendirian akibat kelewatan penghantaran
Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera menggesa orang ramai supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api. - Foto REUTERS
COLOMBO: Sri Lanka tidak akan menerima penghantaran petrol, diesel dan minyak mentah, yang sepatutnya dijadual tiba minggu ini dan minggu depan, kata Menteri Tenaga, Kanchana Wijesekera pada Sabtu.
Beliau berkata pihak pembekal sudah memaklumkan kepada pengimport dan pengedar bahan api, Ceylon Petroleum Corporation (CPC) bahawa penghantaran tidak dapat dibuat mengikut jadual atas sebab perbankan serta logistik, lapor Xinhua.
"Pengangkutan awam, penjanaan kuasa dan industri akan diberi keutamaan sehingga penghantaran seterusnya sampai," katanya.
Beliau menggesa orang ramai supaya tidak beratur untuk mendapatkan bahan api.
Susulan itu katanya, operasi kilang penapis juga akan dihentikan buat sementara waktu sehingga stok sampai.
"Kami sedang bekerjasama dengan semua pembekal baharu dan sedia ada. Saya memohon maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#petrol
#Menteri Tenaga
#krisis ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan