awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka mansuh sistem kuota bahan api

Bernama
Bernama
01/09/2023
12:50 MYT
Sri Lanka mansuh sistem kuota bahan api
Stok bahan api yang mencukupi membolehkan penyediaan bekalannya di pasaran runcit dilaksanakan tanpa gangguan. - Wikipedia - Colombo
COLOMBO: Sri Lanka pada Jumaat memansuhkan sistem kuota QR yang diperkenalkan untuk penjualan bahan api, memandangkan negara itu kini mempunyai pertukaran asing dan stok mencukupi.
Menteri Tenaga Kanchana Wijesekera berkata stok yang mencukupi itu membolehkan penyediaan bekalan bahan api di pasaran runcit dilaksanakan tanpa gangguan.
"Sistem kuota itu diperkenalkan setahun lalu kerana negara kekurangan pertukaran asing untuk membayar import bahan api, tetapi keadaan kini bertambah baik," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata kemasukan Sinopec China untuk pengedaran bahan api menjimatkan beban pertukaran asing kerajaan dalam proses import bahan api.
Merujuk kepada semakan harga bahan api terkini yang meningkat, beliau berkata ia berikutan kenaikan harga di pasaran dunia.
Kabinet Sri Lanka awal tahun ini memutuskan untuk memberikan lesen kepada tiga syarikat asing yang berhasrat memasuki pasaran runcit bahan api di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#bahan api
#sistem kuota
#pasaran runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan