Skip to main content

Dunia

Sri Lanka tahan bekas ketua perisikan dalam siasatan serangan Easter Sunday

Sri Lankan police officers secure the area of exploded St. Anthony's Church on Easter Sunday attacks in Colombo, Sri Lanka, April 28, 2019. (AP Photo/Eranga Jayawardena, File)
Anggota polis Sri Lanka berkawal di kawasan letupan Gereja St Anthony selepas serangan Hari Easter di Colombo, Sri Lanka, pada 28 April 2019. - Foto AP

COLOMBO: Jabatan Siasatan Jenayah Sri Lanka menahan Suresh Sallay, bekas Ketua Perkhidmatan Perisikan Negara (SIS) pada Rabu berhubung siasatan berterusan terhadap serangan kejam Easter Sunday 2019, kata seorang pegawai kanan polis, lapor Xinhua.

Jurucakap polis F.U. Wootler berkata Sallay ditahan mengikut Akta Pencegahan Keganasan, yang memberi kuasa kepada polis untuk menahannya dan menyoal siasat selama 72 jam.

Advertisement

Beliau berkata penahanan itu dibuat berdasarkan bukti kukuh yang diperoleh menerusi siasatan serangan Easter Sunday dan pihak berkuasa akan memaklumkan kepada orang ramai serta media mengenai langkah seterusnya dalam masa terdekat.

Pengeboman Easter Sunday pada April 2019 meragut nyawa lebih 260 orang dan mencederakan lebih 500 yang lain.

Sallay, yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua SIS pada 2019 selepas Gotabaya Rajapaksa menjadi presiden, sebelum ini dituduh terbabit dalam serangan itu.

Dia kemudian digugurkan daripada jawatan oleh Presiden Anura Kumara Dissanayake pada 2024.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

 

 

Must Watch Video