awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes dera di Saratok: Pegawai JKM, kaunselor ditempatkan di hospital - Nancy
KPDN kaji sekatan kad kredit asing untuk pembelian RON95 bersubsidi
2 maut selepas helikopter tentera terhempas di Gapyeong, Korea Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka umum sekatan ke atas media sosial

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2019
13:37 MYT
Sri Lanka umum sekatan ke atas media sosial
Arahan larangan itu dikeluarkan bagi mengelak pergolakan sosial akibat mesej berunsur kebencian dan maklumat palsu. - Foto AP
Sri Lanka mengumumkan sekatan ke atas akses kepada media sosial di negara pulau berkenaan susulan keganasan agama yang semakin membimbangkan, tiga minggu selepas republik itu digegarkan dengan siri serangan bom.
Antara platform yang disekat ialah Facebook, WhatsApp, YouTube dan Viper, di mana platform berkenaan disekat mulai Isnin.
Arahan larangan itu dikeluarkan bagi mengelak pergolakan sosial akibat mesej berunsur kebencian dan maklumat palsu.
Laporan Reuters yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Sri Lanka, Nalaka Kaluwewa memaklumkan larangan ini susulan serangan terhadap masjid-masjid dan perniagaan milik warga beragama Islam di barat laut Sri Lanka yang bermula akibat mesej yang disebarkan di Facebook.
Kaluwewa berkata larangan berkenaan disebabkan beberapa kes serangan dengan turut mengambil kira situasi keseluruhan di negara berkenaan.
Sementara itu, operator mudah alih terbesar Sri Lanka Dialog Axiata memaklumkan bahawa pihaknya diarahkan untuk mengehadkan akses kepada Instagram, Snapchat dan aplikasi panggilan video IMO.
Bagaimanapun Twitter yang tidak mempunyai pengguna yang ramai yang di negara itu, terkecuali daripada larangan berkenaan.
Sekatan terhadap media sosial ini adalah tambahan kepada perintah berkurung yang dikenakan ke atas beberapa kawasan sejak Ahad.
Topic Berkaitan
#Facebook
#Instagram
#Islam
#Jabatan Penerangan Sri Lanka
#Nalaka Kaluwewa
#platform media sosial
#serangan bom
#Sri Lanka
#Sri Lanka Dialog Axiata
#Twitter
#YouTube
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan